Konsep 1Malaysia BOHONG : Rakyat Kedah DIANAKTIRIKAN

Konsep 1Malaysia yang dikatakan sentiasa mengutamakan rakyat, rakyat didahulukan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik hanyalah retorik semata-mata. Di saat pemimpin BN melaungkan 1Malaysia di mana-mana sahaja sehingga serak suara dan lenguh tangan mengangkat jari telunjuk 1Malaysia, mereka tanpa segan silu mengenepikan Kedah dari segi bantuan tebatan banjir dan peruntukan untuk menghadapi banjir.

Apakah rakyat negeri Kedah bukan rakyat Malaysia.?
Apakah kerajaan negeri Kedah adalah  kerajaan haram yang dilantik oleh penyangak macam kerajaan negeri Perak?
Apakah kerajaan pusat ingin menganiaya rakyat negeri Kedah yang menghadapi musibah banjir tidak lama dahulu?
Apakah kerajaan ingin menghukum rakyat negeri Kedah hanya kerana mereka memilih PR sebagai kerajaan negeri?

Semalam Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Abdul Razak melahirkan kekesalannya di atas sikap kerajaan pusat yang meminggirkan Kedah dalam peruntukan tebatan banjir dalam Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini.

"Perlis depa bagi, Johor depa bagi sebab negeri Timbalan Perdana Menteri, Perak yang tak bah pun depa bagi".

"Saya akan selesaikan isu ini dengan buat rayuan pada depa" ujar Ustaz Azizan dengan nada kesal.

Comments