Saya sokong Mahathir 100 %

Saya menyokong saranan Mahathir 100 % supaya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu@Mat Sabu dibiarkan terus bercakap dalam isu komunis dan kemerdekaan.

Mahathir dipetik dari Malaysiakini, berkata kenyataan yang dikeluarkan Mohamad akan menyebabkan masyarakan marah dan akhirnya mengalihkan sokongan mereka kepada BN.

Dr Mahathir berkata, beliau berasa seronok sekiranya timbalan presiden PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, terus dibiarkan membuat kenyataan seperti itu.

"Kalau saya jadi PM, saya nak upah orang PAS supaya kata macam Mat Sabu. Apa pasal nak kenakan tindakan kepada dia.

"Biarlah dia pergi mana-mana, orang akan sakit hati bila dengar dia bercakap dan kita akan untung.

"Kerana marah kepada Mat Sabu, orang akan undi BN. Jadi dia perlu dibiarkan," katanya lagi dalam satu majlis bersama wakil rakyat BN di Kuala Selangor hari ini.

Saya mengharapkan pimpinan Umno/BN menerima saranan Mahathir ini kerana sudah tentu mereka akan mengaut keuntungan dari 'keceluparan' Mat Sabu. Jadi tidak perlulah BN menabur fitnah ke sana ke mari dalam media dan sebagainya. Cukup sekadar ucapan Mat Sabu yang akan 'back fire' kepada PAS dan PR.

Najib seharusnya mempertimbangkan cadangan dan saranan mantan PM yang menjadi mentor beliau dalam banyak perkara.

Comments