Laporan Utusan : Judi HARAM makin banyak di Melaka, ADA JUDI HALAL KE?


Akhbar pencacai dan pemfitnah Utusan semalam melaporkan bahawa judi haram makin banyak di Melaka. Nampaknya akhbar ini dan Umno sendiri masih belum faham bahawa TIADA JUDI YANG HALAL DI DALAM ISLAM. Mengapa mereka masih menggunakan terma judi HARAM dan judi HALAL. 

Tajuk laporan yang dimuatkan dalam akhbar pencacai itu berbunyi 'JUDI HARAM  MAKIN BANYAK DI MELAKA', di mana ia dilaporkan oleh Amran Mulup.

Bagi mereka judi HALAL ialah judi yang ada lesen yang diluluskan oleh pemimpin BN yang menjadi Menteri Kewangan dan juga pihak berkuasa tempatan yang meluluskan lesen premis perjudian. 

Tindakan Umno/BN dan akhbar pencacai ini terus menyebabkan rakyat khususnya anak-anak keliru tentang adanya judi halal dan judi HARAM.

Ternyata mereka ini masih terus mempertahankan judi dengan memberikan lesen kepada syarikat judi untuk terus beroperasi.

Saya menggesa pemimpin BN dan akhbar pencacainya menghentikan penggunaan istilah judi haram dan halal ini kerana semua judi adalah HARAM di sisi Islam.

Untuk rakyat Melaka khasnya dan Malaysia amnya saya menyeru mereka menolak Umno/BN pada pilihanraya akan datang kerana mereka terus meluluskan lesen perjudian di dalam negara kita.

Akhbar pencacai itu dalam laporannya semalam menyebut bahawa sebahagian daripada penduduk di negeri ini kini melahirkan kebimbangan dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram yang tumbuh membiak bagai cendawan di negeri itu tanpa tindakan tegas pihak penguat kuasa.

Pusat perjudian yang beroperasi di kafe-kafe siber di seluruh negeri ini dikatakan turut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin kerajaan negeri ini.

Comments