Kes Mahkamah : Mat Sabu mengaku

azlanTimbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, mengaku di mahkamah hari ini, Tetapi mengaku TIDAK BERSALAH bukan mengaku bersalah.


Beliau hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Mat Sabu dalam kenyataan ringkasnya menyatakan bahawa kes ini menarik dan seronok kerana ianya melibatkan tafsiran sejarah yang sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan wacana bukannya melalui mahkamah.

Namun negara kita sudah caca marba...yang penting kuasa BN mereka hendak pertahankan walau dengan apa cara sekalipun......

Comments