Hampir 5 juta rakyat Selangor dapat air percuma

Kira-kira 4.77 juta rakyat Selangor menikmati bekalan air percuma yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor sekarang ini, Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM382 juta ringgit untuk bejalan air percuma ini.
Walaupun 20 meter padu air percuma ini nampak kecil tetapi bagi rakyat yang berpendapatan rendah ianya suatu yang amat besar dan bermakna bagi mereka untuk mengurangkan beban tanggungan bulanan mereka.

Sesungguhnya amat beruntung rakyat negeri Selangor memperolehi kerajaan yang amat prihatin terhadap rakyat. Pakatan Rakyat membuktikan bahawa slogan berkebajikan dan memastikan kesejahteraan rakyat bukan omongan kosong.

Tuiduhan Timbalan Perdana Menteri bahawa rakyat Selangor tertekan merupakan pembohongan yang amat nyata kerana terbukti rakyat negeri itu mendapat pelbagai bantuan yang tidak pernah diberi oleh kerajaan BN sebelum ini.

Comments