Cerita reformasi pilihanraya dan kedurjanaan pemberian warganegara DIGELAPKAN??

Cerita reformasi pilihanraya (tuntutan Bersih 2.0) dan kedurjanaan pemberian kewarganegaraan serta hak mengundi kepada PATI hilang begitu sahaja setelah Tukang Spin Umno/BN mencanangkan isu komunis dan Mat Indera.
Ternyata perancangan mereka untuk mengalihkn isu berjaya di mana rakyat, media, parti-parti politik dan sebagainya membincangkan isu ini sudah berbelas-belas hari.

Kita yakin isu ini akan terus dimainkan selagi mereka melihat ianya relevan dan tidak basi. Oleh kerana saya mencadangkan pimpinan pusat jangan leka dengan isu ini sahaja sebaliknya isu penyelewengan daftar pemilih dan pemberian kewarganegaraan mesti terus disuburkan bagi memberikan penerangan kepada rakyat terbanyak. 

Namun begitu cetusan Timbalan Presiden, Haji Mohammad Sabu tentang isu pejuang kemerdekaan ini benar-benar membuka mata seluruh rakyat Malaysia yang melihat bahawa sejarah negara kita ini penuh dengan pembohongan dan mesti ditulis semula dengan adil dan telus.

Sejarah yang ada sekarang jelas mendewa-dewakan British dan sesiapa yang pernah bekerja British sahaja yang dikatakan pejuang kemerdekaan. Nama-nama pahlawan Melayu, tokoh agama dan sebagainya dipinggirkan terus dari 'list' para pejuang yang berjasa.

Comments