Judi : Jangan hanya kejar ikan bilis, biarkan jerung meneruskan pusat judi

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata kerajaan negeri Melaka mesti membenteras pusat perjudian tidak kira siapa yang menjadi tuannya.

"Jangan hanya mengejar bilis sahaja"

"Beranikah Ketua Menteri mengambil tindakan terhadap jerung judi haram" soal Adly melalui tulisannya dalam blog peribadinya Adlyzahari.blogspot.com

Adly berkata judi haram di Melaka bukan perkara baru antara pusat judi haram terbesar di Melaka terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, yang ketua Menteri menjadi wakil rakyatnya. 


"Berselindung disebalik "Kelab Eksklusif". Berapa puluh tahun kelab itu beroperasi ?" soal Adly.


Menurutnya Isu judi haram di Melaka memang sudah lama dibincangkan tetapi tiada penyelesaian dan tindakan tegas diambil sehingga ianya berakar umbi dan sukar dibenteras. Semua ini membuktikan kegagalan kerajaan BN Melaka mentadbir negeri ini.


Adly berkata dalam sidang DUN yang lalu, wakil Pakatan Rakyat dari DAP sudah membangkitkan isu ini sehingga keluar dari mulut kerajaan Melaka bahawa "judi adalah budaya cina".


"Akhirnya isu judi ini tidak dibahaskan, tapi wakil rakyat DAP yang dihalau keluar" tambah Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.


2 hari lepas kerajaan Melaka kononnnya melancarkan perang habis-habisan kononnya kepada judi haram.


"Macam kata pepatah melayu, sudah terantuk baru tengadah, sudah terbolos baru melantai, judi Haram sebenarnya banyak melibatkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.


"Judi Haram sebenarnya sudah sampai kekampung-kampung, melalui pusat siber, contohnya di Kg Gangsa sahaja ada dua pusat judi Haram" tegas Adly.

Menurut Adly, persoalannya sekarang ialah beranikah kerajaan negeri Melaka membenteras jerung judi haram yang dah bertapak di Melaka lebih dari 20 tahun lalu.


}Jangan sampai orang gelar Melaka sebagai "Batam Malaysia" kata Adly.

Comments