Siri Penerangan 3 : Malaysia dalam KRISIS

Malaysia dalam KRISIS :-
  • 12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami defisit
  • 10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi
  • 4.7 % purata pertumbuhan ekonomi dari 2001--2005 sedangkan sasaran adalah 7.5 %
  • 4.2 % purata pertumbuhan ekonomi dari 2006-2010, sedangkan sasaran adalah 6 %
  • KDNK negara lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari 2009, kali pertama dalam sejarah
  • RM352bilion wang Petronas diambil dari 2007-2010. Ini bermakna purata sumbangan Petronas setahun ialah RM81.25  setahun
  • 53.3 % adalah kadar hutang negara berbanding KDNK pada 2009, melonjak naik berbanding 35.1% dalam tahun 1998
  • 3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan yang ditampung oleh wang Petronas dan hutang, dari RM68bilion (1998) kepada RM214bilion (2010).
  • Malaysia jatuh 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam laporan Daya Saing Global oleh World Economics Forum dari tahun 2007 ke 2009.
  • 2.6 % purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara 2000-2010 berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia (termasul negara-negara miskin).
  • 4 % penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara 19990-2009
  • 40 % dari rakyat Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah kurang dari RM1500 sebulan, menunjukkan masih ramai yang miskin
  • 3 dari 4 keluarga miskin ini adalah keluarga melayu/bumiputera
  • 34 % dari pekerja-pekerja Malaysia (dianggarkan seramai 4 juta orang) dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan, iaitu bayaran di bawah paras kemiskinan
  • 62 % dari jumlah RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan ditanggung kerajaan setiap tahun adalah untuk subsidi kepada sektor korporat (Penjana Tenaga Bebas - IPP, konsesi lebuhraya).
  • RM4bilion sahaja untuk subsidi makanan (gula, gandum, beras) yang cuba ditarik balik oleh Umno/BN, berbanding RM19bilion subsidi kepada penjana bebas dan RM4 bilion pampasan kepada konsesi lebuhraya setiap tahun
  • RM19bilion untuk subsidi Penjana Bebas (IPP) - kroni berbanding hanya RM11bilion subsidi minyak   kepada rakyat yang bila-bila masa akan ditarik balik
  • RM466 bilion hutang peribadi yang ditanggung oleg isirumah rakyat Malaysia, paling teruk di Asia.
  • RM28bilion kerugian ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa
  • 3 kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah, berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat..
  • 4.4 skor kedudukan indeks persepsi rasuah negara tahun 2010, sedangkan sasaran ialah 4.9. Skor ini lebih rendah dari 2009
  • 46 % rakyat berpendapat bahawa gejala rasuah semakin berleluasa pada 2010 berbanding 2009 kajian oleh Transparency International.
  • Berada di tangga ke 57 dalam senarai Laporan Pembangunan Dunia (NDP) 2010 mengenai kadar pembangunan insaniah jauh lebih rendah dari Korea Selantan (12), Hong Kong (21), Singapura (27) dan Brunei (37) 
  • 68.7 % sahaja rakyat Malaysia yang menamatkan pendidikan peringkat Menengah antara 2001-2009, berbading Korea (96.4%), Hong Kong (75.2%) dan Brunei (88.2%)
  • 1 orang dari 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak menamatkan pendidikan menengah dari 2001-2009
  • 29.7 % rakyat Malaysia yang memasuki alam pendidikan tertinggi, berbanding Korea Selatan (96.1%).

....bersambung...

Comments