Lagi duit rakyat dibazirkan

Blog ini mendapat maklumat bahawa ramai Polis termasuk FRU berkampung di hadapan Masjid Bukit Katil hari ini.  Sebab dan tujuan mereka berkumpul tidaklah pula kita ketahui kerana setahu kita tiada sebarang jenayah berlaku di sana. Yang peliknya mengapa mereka begitu serius berkawal di sana sedangkan tidak ada apa-apa yang berlaku sedangkan rompakan dan kecurian di beberapa taman berhampiran sering menjadi-jadi tidak pula kelihatan polis seramai itu datang menyiasat atau berkawal.

Mungkin agaknya polis datang dengan jumlah ramai di Masjid itu semata-mata untuk memantau rakyat yang berhimpun secara aman sebelum ini. Minggu lepas rakyat berhimpun menyatakan bantahan terhadap kebiadapan Utusan menghina hukum Islam. Ketika itu tiada kelibat polis cuma seorang dua sahaja pencacai yang ada.

Ternyata Polis sudah hilang jati diri dan hala tuju. Berapa banyak duit rakyat dibazirkan hari ini sahaja untuk memunggah anggota pakai lori dan peralatan lain juga dibawa.

Sebagai rakyat kita tidak redha satu sen pun duit rakyat dibazirkan........

Comments