(Muktamar) Luang masa untuk bersama dengan rakyat

Wakil Perlis, Ustaz Yaakub Abu Seman mencadangkan kepada pemimpin PAS supaya bukan sahaja datang ke sesuatu tempat bukan semata-mata untuk berceramah tetapi bersedia untuk bertemu rakyat akar umbi melalui program khas berkampung dengan rakyat.

"Kita lihat bagaimana pemimpin DAP datang ke Perlis dan turun bertemu rakyat, hasilnya DAP Perlis semakin kuat dan diterima rakyat" kata Yaakub Abu Seman.

Wakil Perlis juga mengingatkan PAS Pusat tentang kepentingan DHPP kepada PAS. Sumbangan mereka tidak boleh dikesampingkan.

Comments