Jangan berdalih : Arahan Presiden semua ahli PAS mesti hadir himpunan BERSIH 2.0

Jangan berdalih dan mencari seribu alasan lagi. Sebelum ini Tok Guru Nik Abdul Aziz, Dewan Ulama' dan Dewan Pemuda telah mengarahkan semua ahli PAS hadir pada Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai ini.

Hari ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, dekat sini sebentar tadi.Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan.
Anggotanya terdiri dari para pemimpin NG0 manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.
Kita tidak mahu mendengar alasan dari ahli. Apa yang kita mahu dengar ialah kami akan turun ke Kuala Lumpur walau dalam keadaan apa sekalipun.

Comments