Ali Rustam cerminlah diri sendiri sebelum tuding jari pada orang lain

Hendak tergelak pun ada, hendak termuntah pun terasa bila membaca kenyataan Ketua Menteri Melaka yang disiarkan di dada akhbar online pencacai Umno iaitu Utusan.

Ali Rustam berkata rakyat perlu berhati-hati dan jangan cepat terpengaruh dengan gelagat pemimpin yang berselindung di sebalik imej warak tetapi secara diam-diam melakukan maksiat.

Beliau berkata lagi, pemimpin yang korup moral itu sewajarnya perlu ditolak oleh rakyat dan bukannya dijulang selaku orang layak untuk dijadikan sebagai pemimpin.

Menurutnya, jika rakyat terus percaya terhadap pemimpin yang korup moral, ia sudah pasti akan memberi kesan negatif terhadap cara hidup masyarakat hingga boleh menjejaskan kepimpinan negara.

Sedarkah Ali bahawa apa yang dicakapkan oleh beliau itu terkena pada dirinya sendiri yang dibuktikan bersalah melakukan RASUAH semasa pemilihan Umno beberapa tahun lalu. Tetapi oleh kerana tidak malu dan bermuka tembok Ali terus juga menjadi Ketua Menteri Melaka. 

Selain itu sedarkah Ali bahawa ramai pemimpin Umno yang ada sekarang akhlaqnya rosak dan buruk. Cuma bukan perangai kita untuk mendedahkan aib pemimpin Umno terbabit. Kita tidak seperti Umno yang bukan sahaja mendedahkan aib orang malah sanggup membuat fitnah dan tohmah serta berbohong demi untuk mengekalkan kuasa.

Ali oh Ali betul-betul memalukan orang Melaka  .....lain kali bila hendak bercakap fikir dahulu takut nanti orang termuntah dan terbahak-bahak ketawa bila membaca kenyataan kita.

Comments