PAS MESTI BERPIJAK DI BUMI NYATA

Mahu tidak mahu PAS mesti menerima kenyataan bahawa sokongan orang Melayu kepada parti tersebut statik dan tidak meningkat khasnya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Memang tidak dinafikan orang Melayu khasnya pengundi luar bandar banyak terpengaruh dengan politik kebendaan seperti wang sogokan, projek mee segera, isu pembangunan dan sebagainya. Namun selain itu isu-isu tentang melayu yang dimomok-momokkan oleh BN juga memberikan impak yang besar kepada pola sokongan pengundi Melayu kepada PAS.
Beberapa isu yang mesti ditangani oleh PAS secepat mungkin yang walaupun nampak remeh tetapi ianya mempengaruhi pengundi Melayu luar bandar.
1) Undi PAS Masuk syurga
2) PAS boleh berkawan dengan DAP tetapi mengapa tak boleh berkawan dengan Umno yang sama-sama Islam
3) DAP jahat dan anti Islam.
4) Kalau PAS tak berkawan dengan DAP dan PKR kami boleh sokong PAS
5) PAS mesti kembali kepada perjuangan asal iaitu meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan
6) PAS tunduk kepada DAP
7) PAS jadi kuda tunggangan DAP sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Islam
8) PAS jadi kuda tunggangan PKR
9) PAS tunduk kepada PKR
10) PAS parti yang suka menghukum
dan banyak lagi ...........
Perkara-perkara dan isu di atas mesti diatasi segera oleh PAS. Imej DAP dan PKR mesti dibersihkan dari persepsi negatif rakyat berketurunan Melayu. Walaupun kita semua sedar DAP dan PKR tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh media dan Umno/BN namun ianya sudah terlekat di otak orang Melayu. Mahu tidak mahu kita mesti mencari jalan untuk 'membasuh' otak orang Melayu dari kekeliruan di atas.

Comments

FZT said…
inilah baru ketua penerangan yang hebat. dapat memberikan satu fakta yang menarik untuk dikongsi bersama demi menjamin survival pas di masa depan. terima kasih kekanda. ur are the best..
Unknown said…
Perlu disenaraikan semua soalan2 tersebut dan bawa kepada perbincangan dalam parti. terima kasih