PAKATAN RAKYAT (PR) RETAK MENANTI BELAH?

PR retak menanti belah. Itu yang dimahukan oleh Mahathir dan BN. Dari dahulu, kini dan selamanya mereka menunggu dan menanti dengan sabar bila agaknya PR akan berkubur. Pelbagai cara digunakan oleh BN untuk merealisasikan hajat dan niat buruk mereka.
PR dituduh sebagai pengkhianat bangsa, pengkhianat agama. Selain itu pimpinan PR dipalitkan dengan fitnah yang amat memalukan.
Kalau mengikut laporan TV1 dan TV3 suku, sudah lama PAS dan PR berkubur kerana ada sahaja isu yang melibatkan PAS/PR, malah saban minggu akan ada ahli PAS, PKR maupun DAP yang masuk Umno, MIC, MCA ataupun Gerakan.
Semua taktik ini sudah lama diketahui oleh pimpinan dan ahli PAS dan PR.
Selain itu BN setiap saat mencari jalan untuk memecahkan PR. Kalau mengikut laporan TV1 dan TV3, PR sekarang ibarat retak menanti belah. Namun pada hakikatnya PR semakin mantap selepas melalui 4 Pilihanraya di mana PR kalah berturut-turut.
Pengajaran dan pengalaman PR di Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau benar-benar mematangkan PR. Isu-isu yang dibangkitkan BN pada keempat-empat PRK tersebut sudah sedia untuk dijawab dan diatasi. PRK tersebut sebenarnya banyak memberikan kelebihan kepada PR dari segi perpaduan dalam PR sendiri.

Pimpinan PR sebenarnya semakin bersedia untuk berdepan dengan BN pada PRU 13. Keputusan PRK ini dijadikan data dan maklumat penting untuk memacu perjuangan pada PRU 13 nanti. Biarlah BN menuduh PR retak menanti belah. Hakikat sebenarnya PAS-PKR-DAP semakin utuh dan padu.

Comments

Anonymous said…
Pemimpin PAS mesti ingat mereka berkhidmat dan berjuang kerana Allah. Tetapi jika pemimpin PAS masih meneruskan amalan nepotisme and kronisme dalam urusan harian mereka maka tunggulah hari kehancurannya... Yang diPertua PAS Kawasan Machang Kelantan sedang giat melobi agar anaknya menggantikan tempat beliau sebagai YDP... Apa komen PAS negeri???? Jangan cakap tak serupa bikin.. Nanti rakyat meluat...