BICARA ANWAR : DULU TILAM KINI SELUAR DALAM

Dalam kes liwat 1, tilam menjadi watak utama dalam perbicaraan. Tilam diusung ke sana ke mari dalam keadaan mengaibkan. Semuanya tidak lain tidak bukan untuk memalukan Anwar bagi membunuh karier politiknya.

Kini untuk kes liwat 2, tilam sudah tidak kelihatan. Namun kini seluar dalam budak Saifool pula yang jadi watak utama. Seluar dalam yang busuk dan berbau itu dibawa ke mahkamah dan menjadi tontonan ramai. Tidak patut seluar dalam yang busuk dan berbau itu jadi bahan penting di mahkamah. Ia hanya layak untuk Saifool sahaja. Tetapi oleh kerana ia menjadi bahan saksi maka seluar dalam itu 'dimuliakan' dan boleh masuk mahkamah.

Yang peliknya seluar dalam yang busuk dan berbau itu diambil dari rumah teman wanita Saifool. Apa kena mengena seluar dalam Saifool dengan teman wanitanya. Macamana seluar dalam seorang jantan boleh ada di rumah seorang wanita yang bukan isteri atau muhrimnya. Benda yang sulit macam itu pun boleh berada di rumah teman wanita. Apakah Saifool tinggal di rumah teman wanitanya. Adakah seorang yang meninggalkan seluar dalamnya sendiri di rumah teman wanitanya boleh dipercayai. Bagi kita kalau seseorang yang meninggalkan seluar dalamnya sendiri di rumah teman wanita sudah tentu kredibilitinya dipertikaikan ..........

Fikirkanlah ...........

Comments