MAHFUZ CADANG KUCING PARSI NAJIB DIBERI NAMA APCO

Naib Presiden PAS, Dato' Hj Mahfuz Omar mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya memberikan nama kucing parsinya dengan nama 'APCO'. Selain itu beliau juga mencadangkan nama-nama lain seperti 'Scorpene', 'Mongolia Altantuya','Sport Betting' dan 'PRU 12'.

Menurut Mahfuz nama-nama itu sesuai sebagai memperingati peristiwa-peristiwa hitam di zaman pemerintahan Najib supaya beliau tidak mudah lupa kepada perkara-perkara itu.

'Nanti bila Najib balik ke rumah dia boleh panggil kucing dia 'APCO', 'APCO' barulah dia mudah ingat dengan isu tersebut'.

'Kita harap Najib dapat terima cadangan ini dan saya yakin rakyat akan setuju dengan cadangan saya ini" kata Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Baru-baru ini Perdana Menteri membeli seekor kucing Parsi dan meminta rakyat mencadangkan nama untuk kucing Parsinya itu.

Mahfuz juga berkata di saat negara berhadapan dengan pelbagai kemelut, Perdana Menteri nampaknya cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan membangkitkan cadangan supaya rakyat memberikan nama kepada kucingnya.

'Malang sungguh kita mempunyai Perdana Menteri macam ini, sepatutnya beliau mengajak rakyat berfikir untuk menyelamatkan negara bukannya ajak rakyat bagi nama kucing" tegasnya.

Beliau berkata demikian pada ceramah umumnya beliau bersama Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin, ADUN Bachang YB Lim Jak Wong di perkarangan Pejabat PAS Cawangan Taman Bukit Lintang malam tadi.

Comments