LOMPAT PARTI : KERJA JUAL DIRI AKAN TERUS BERLAKU

Semalam seorang lagi Yang Berhormat menjual maruah diri apabila mengisytiharkan diri melompat parti dan menyokong BN.

Yang Berhormat ini tidak lagi wajar digelar Yang Berhormat tetapi elok dipanggil Yang Menjual Maruah (YMM) kerana tindakannya yang jelas memalukan diri, keluarga, rakyat dan negara. Beberapa bulan lalu beliau mendakwa ada pihak menawarkan RM20 juta kepadanya jika beliau melompat parti dan menyokong BN. Tetapi semalam dalam kenyataan akhbarnya beliau menyatakan bahawa beliau tidak menerima apa-apa tawaran. Tindakan beliau adalah kerana ’kesedaran dan keinsafan’ diri sendiri.

Begitu hebat beliau berperi dan bermadah menyatakan beliau teruja dengan kepimpinan Najib yang memimpin negara sekarang.

Blog ini yakin bahawa tindakan menjual diri dan maruah ini akan terus berlaku dulu, kini dan selamanya selagi manusia yang bergelar YB ini tidak takut kepada Allah dan tidak tahu menghargai maruah diri serta tidak malu kepada rakyat yang mengundinya. Agen-agen yang sentiasa menunggu dan mencari mangsa untuk dibeli dan dibayar senantiasa berkeliaran mencari mangsa. Sudah tentulah jika berkali-kali seseorang itu ditawar dan di’offer’ dengan pelbagai kemewahan dan janji manis akhirnya manusia yang tidak kuat iman dan tidak tahu menjaga maruah ini akhirnya akan tumbang.

Apa yang pasti Yang Berhormat PAS tetap patuh dan takut kepada Allah.

Allahu Akhbar

Comments

Jati Diri said…
Bro Mutaligat,

Kalau minggu depan, 3 orang ADUN BN cross ke Pakatan Rakyat, apa pulak komen bro mutaligat?

Saya tanya ni sebab tokoh PAS Perak (YB NIZAR) kata ada 3 orang BN nak cross ke PR dan seterusnya menumbangkan Kerajaan BN.

Apakah pandangan Bro Mutaligat sama?