CALON BUKAN ISLAM : PAS BUKTIKAN BUKAN PARTI PERKAUMAN

Selepas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini, PAS terus melangkah ke hadapan dengan membenarkan penyokong bukan Islamnnya bertanding menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat hasil keputusan mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu - kelmarin.

Terbukti bahawa PAS adalah sebuah parti universal merentasi sempadan agama, bangsa dan budaya tidak seperti parti-parti komponen BN yang masih mengamalkan semangat perkauman yang tebal dan sempit.

Comments

Pemegang Hukum Allah said…
PAS mu ni dah bengong kelu. Dulu pakat ngan kafir tak boleh...haram,thagut. Sekarang hukum baru PAS calon bukan Islam boleh jadi calon pulak dah. Berbeza jauh dengan hukum dan sunat Allah tak berubah dari dulu,kini dan selamanya.Pas ini sejenis "biawak" tapi pakai baju Melayu dan serban