CEROBOH PAHANGKINI.NET TINDAKAN BACUL

Tindakan pihak tertentu yang menceroboh laman web Pahangkini.net merupakan tindakan bacul pihak-pihak yang tidak mampu lagi berdepan secara anak jantan dengan laman tersebut.
Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Pahangkini.net yang merupakan laman rasmi PAS Negeri Pahang kelolaan Jabatan Penerangan PAS negeri (Japen) telah diceroboh dan dimusnahkan seluruh kandungan malam tadi menyebabkan seluruh operasinya tergendala.

Setiausaha Japen, Hashim Abdullah berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai mungkin berpunca daripada rasa tidak senang pihak tertentu terhadap kesungguhan Pahangkini.net membongkar dan mendedah berita-berita yang berani, telus, bebas dan berintegriti termasuk mengkritik dasar kerajaan Umno/BN.

Saya menggesa pihak yang bertanggungjawab melakukan kerja terkutuk tersebut supaya bertaubat dan tidak mengulangi perkara tersebut pada masa akan datang.

Mari kita berpolitik secara matang dan professional. Hujah dan fakta yang dikemukakan oleh di dalam mana-mana media hendaklah ditangkis secara fakta dan hujah juga bukannya bertindak seperti penyangak merompak membunuh laman web orang lain yang tidak sehaluan dengan kita.

Comments

abgBro said…
ye ke kene ceroboh?

hebat sangat ke berite pahangkini brbanding website lain??

~sekadar brtnye...kut2 ade masalah lain jerr