UMNO SEMAKIN PARAH, MUHYIDDIN AKUI

Umno seboleh-bolehnya tidak mendedahkan kepada rakyat bahawa parti itu mempunyai masalah yang kronik. Namun rakyat sebenarnya sudah lama tahu bahawa Umno dulu, kini dan selamanya bercakaran dan berbalah. Ini kerana parti itu sudah tidak ada dasar perjuangan. Ahli dan pimpinan Umno kebanyakannya menjadi harta, pangkat dan kedudukan sebagai matlamat perjuangan.
Semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa berlakunya persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti itu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana kajian menunjukkan ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi pada pilihan raya lalu.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapannya penutupnya pada Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara Kampus Khazanah Alam, Bandar Jengka dekat sini hari ini.

Konvensyen selama tiga hari yang berakhir hari ini dihadiri 1,400 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO dari 14 bahagian di negeri itu.

Comments