KERJASAMA PAS & UMNO : MEDIA AMBIL KESEMPATAN

Media pengampu sekali lagi cuba menangguk di air keruh dengan membesar-besarkan isu PAS mahu bekerjasama dengan Umno. Bukankah isu ini sudah dikatakan tutup buku tetapi masih terus dimainkan oleh media jahat ini. Ini kerana media ini sedar isu ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan DAP dan PKR terhadap PAS.
Hari ini media pemfitnah nombor wahid, Utusan Meloya melaporkan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Beliau berkata, polisi kerjasama antara Pas dan UMNO sama ada membabitkan perkara yang boleh dibincang atau sebaliknya bukanlah pertama kali dilakukan kedua-dua parti berkenaan dan ia merupakan polisi yang berpanjangan dari dulu hingga hari ini.

Katanya, kerjasama di dalam politik merupakan amalan demokrasi sebagaimana yang diamalkan negara ini yang mana Pas boleh bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui dan jika perkara sebaliknya berlaku, parti akan memberi nasihat dan ia amalan biasa bagi negara demokrasi.
Saya secara peribadi sebenarnya mengharapkan pimpinan PAS supaya jangan bercakap lagi soal perbincangan dengan Umno kerana ianya sudah tentu akan dimanipulasi oleh media. Kita kurangkan peluang mereka untuk mengelirukan ahli bawahan dan rakyat.
Ini kerana bukan semua orang faham niat dan tujuan serta ruang lingkup perbincangan lebih baik kita berhentikan bercakap soal perbincangan kita tumpukan kepada gerakerja lain yang lebih penting.

Comments