BEBASKAN RAKYAT DARI PERHAMBAAN SESAMA MANUSIA

PAS berjuang untuk membebaskan rakyat negara ini dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah.

Sejarah perhambaan kepada manusia ini berlaku sejak dari dahulu lagi. Bagaimana manusia taat membuta tuli kepada manusia kerana takut atau kerana upah dan sogokan yang diterima dari pemerintah atau tuan mereka.

Demikian antara ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan At Tantawi pada program ceramah penerangan anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di Markaz PAS Kawasan Bukit Katil di Bukit Katil malam tadi.

"Sejarah telah menukilkan bagaimana seorang Panglima Islam Rubi'i Ibn Amir pernah berkata kepada Panglima Tentera Musyrik, Rustam, kami datang ke sini (berperang) untuk membebaskan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah"

"Kita lihat pada hari perhambaan kepada sesama manusia ini berlaku di mana rakyat takut untuk menyatakan yang hak kepada pemerintah yang zalim, pemerintah hari ini yang jelas meninggalkan Islam, melakukan maksiat, bertindak zalim dan sebagainya tetapi rakyat berdiam diri dan tidak menegur pemimpin mereka" tegas Ustaz Nasaruddin.

Turut berceramah bersama beliau malam tadi ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek; Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Zulkifli Ismail dan ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong.

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum. Minta pencerahan, dalam memperjuang kebebasan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada hanya Allah, mengapa perlu berkolaborasi dengan kumpulan2 yang secara jelas memperjuang liberalisasi dan secara nyata menolak Hukum Allah yakni Hudud tanpa pertimbangan? Sekian jazakallah khayr Wassalam.

-insan