PENGUNDI PTG PASIR WAJAR BUKA MATA

Manisfesto parti-parti Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum 2008 yang berjanji untuk mengutamakan kebajikan rakyat jelas berjaya ditunaikan oleh keempat-empat kerajaan negeri PR walaupun ianya mungkin belum mencapai tahap 100 %.

Walaupun baru 1 tahun 5 bulan menjadi kerajaan terbukti kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) lebih mengutamakan rakyat berbanding kerajaan BN sebelum ini.

Banyak sekali program kebajikan dilaksanakan oleh kerajaan negeri PR ini. Bagi kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) jelas berjaya direalisasikan dengan program-program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.

Lebih menakjubkan Ketua Menteri Yang Amat Berhormat (YAB) Lim Guan Eng secara terang-terang membuat kenyataan bahawa beliau ingin mencontohi corak kepimpinan Khalifah Islam yang masyhur iaitu Omar Abdul Aziz.

Kepimpinan Omar Abdul Aziz yang terkenal dengan sikap telus, pemurah, cekap dan adil ditambah lagi dengan program amar makhruf nahi mungkar menarik minat Lim Guan Eng untuk mencontohinya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang membuktikan komitmennya dengan langkah jimat cermat yang akhirnya berjaya menjimatkan RM35 juta dalam selama setahun pemerintahannya. Lim sendiri menunjukkan tauladan yang baik apabila menaiki kapal terbang dengan kelas ekonomi tidak lagi kelas pertama seperti yang diamalkan oleh pimpinan kerajaan BN.

Maka sudah sewajarnya rakyat negeri Pulau Pinang khasnya Permatang Pasir membuat penilaian bijak pada 25 Ogos ini semasa memilih siapa calon yang bakal mereka undi bagi ditabalkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan mereka.

Kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) dengan sendirinya menguatkan semangat kerajaan negeri untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat negeri Pulau Pinang.

Selain itu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Permatang Pasir akan memberikan isyarat bahawa perpaduan dalam Pakatan Rakyat (PR) semakin utuh walaupun diserang dari kiri dan kanan oleh musuh politiknya BN.

Malah kemenangan Pakatan Rakyat nanti akan memberikan isyarat bahawa rakyat tidak mudah diperdaya dan ditipu oleh media pengampu kerajaan yang sering melanggar etika kewartawanan dengan menyiarkan berita fitnah dan berniat jahat.

Antara program yang dijalankan ialah :-

1. Kenaikan Elaun Guru Kafa sebanyak RM50 sebulan;

2. Kajian semula prosedur pentadbiran tanah/penyiasatan penyelewengan tanah;

3. Pembatalan pembelian 4 buah kereta rasmi baru sebanyak RM500,000;

4. Jumlah pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2008 mencecah RM10.2 bilion berbanding dengan RM4.7 bilion pada tahun 2007

5. Menubuhkan Tabung Modal Pusingan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Pulau Pinang dengan jumlah pinjaman maksima sebanyak RM10,000.00 dengan tempoh bayaran balik maksima 5 tahun bagi setiap pemohon;

6. Menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM8.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan Cina, sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah menengah persendirian. Peruntukan RM1.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat adalah tambahan daripada RM3.7 juta yang diperuntukkan untuk tujuan pendidikan agama bagi tahun 2009 oleh kerajaan negeri;

7. Membatalkan pembelian notebook dan pencetak untuk ADUN sebanyak RM300 ribu untuk tahun 2008-2009;

8. Memberi wang ehsan RM100.00 kepada lebih 170,000 buah keluarga miskin yang membelanjakan RM17 juta;

9. Mengecualikan semua sekolah milikan bukan kerajaan yang didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran dan bukan berasaskan keuntungan daripada membayar cukai tanah dengan membayar nominal fee RM1.00;

10. Menyediakan perkhidmatan WiFi dan WiMax secara percuma di seluruh negeri;

11. Mendirikan Industri Halal Hub dengan peruntukan kawasan tanah perindustrian sebanyak 131 ekar di Bukit Minyak untuk Fasa 1 dan 2;

12. Membenarkan warga media menggunakan pas media sebagai pas keselamatan dalam KOMTAR;

13. Pemberian bantuan beras percuma kepada penerima bantuan kebajikan;

14. Berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan dengan bantuan kewangan di bawah Rancangan Anti-Kemiskinan (RAK);

15 Pemberian insentif kepada para Hafiz dan Hafizah dari Pulau Pinang.

Dan banyak lagi ..............

Comments

Anonymous said…
ALHAMDULILLAH...SOFI NASIB BAIK KITA JADI PENYOKONG PAS...KALO X DAH TENTU KITA X MASUK SYURGA...AKU HARAP KO TULIS BLOG BESAR2 BAGITAU KAT KAWAN2 KITA YANG DALAM PR...KALO NAK MASUK SYURGA DENGAN MUDAH SENANG JE...UNDILA PAS...SOKONGLA PAS..TOK GURU KITA DAH KELUAR FATWA MACAMTU...AKU RASA KITA WAJIB IKUT...KALO X IKUT NERAKA JAHANAM LA KITA WAHAI SOFI...KO NAK KE?...KALO AKU TAU DARI DULU LAGI NAK MASUK SYURGA NI SENANG...X YAH LA AKU SUSAH2 SEMAYANG...
TAKBIR....TAKBIR...TAKBIR...TAKBIR PADA TOK GURUK NIK NAJIS..
Anonymous said…
ops..Umar Abd Aziz adalah Khalifah Bani Umayyah bang bukan Abbasiah. Yang fames Abbasiah tu Harun Ar-Rashid.