IDRIS JALA DILANTIK JAGA KPI, APAKAH KOH TSU KON GAGAL?

Perdana Menteri, Najib Tun Razak membuat pengumuman petang tadi bahawa CEO MAS, Idris Jala dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Persoalannya apakah Menteri yang sedia ada iaitu Koh Tsu Kon gagal melaksanakan tanggungjawab ini sehingga kerajaan terpaksa melantik seorang lagi Menteri memantau dan menguruskan KPI ini. Jika Koh gagal beliau sepatutnya diberhentikan. Jangan bazirkan duit rakyat sehingga terpaksa melantik begitu ramai menteri untuk menjaga sesuatu perkara sehingga tugasnya bertindih dan caca marba.
Perlantikan Idris Jala ini membuktikan bahawa perancangan dan pelaksanaan KPI sebelum ini boleh dipersoalkan. Sebab itulah sehingga sekarang kerajaan masih gagal mengumumkan bentuk KPI dan angka-angka yang berkaitan dengannya.

Seperti yang kita fahami KPI mestilah sesuatu yang boleh dikira yakni ada nilai atau angka. Tanpa angka dan nilai sudah tentu sukar untuk kita menilai samada KPI itu tercapai atau sebaliknya.
Dakwaan rakyat bahawa KPI yang diwar-warkan oleh Najib hanyalah retorik akhirnya terjawab hari ini apabila beliau terpaksa melantik seorang lagi menteri bagi membantu pelaksanaanya. Bermakna apa yang dibuat sebelum ini hanyalah retorik dan omongan kosong.

Comments