URUSKAN PERBEZAAN PENDAPAT DENGAN CARA ISLAM - USTAZ NASA

Intipati ucapan penangguhan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa:-
  • Jangan terikut dengan cara pihak lain berkaitan dengan menguruskan perbezaan pendapat
  • Jangan terikut dengan istilah-istilah yang digunakan media seperti ulasan media selepas keputusan pemilihan PAS diumumkan "Ulama Konservatif kuasai PAS". Istilah konservatif tidak tepat sama sekali kerana berapa banyak tahaluff siyasi telah dibuat oleh PAS.
  • Istilah konservatif digunakan supaya PAS dilihat sebagai Parti yang menutup pintu kepada orang Bukan Islam dan sebagainya
  • PAS akan pertingkatkan 'enggagement' dengan pimpinan luar termasuk pimpinan PAS akan membuat jawapan kepada ucapan Presiden Obama di Mesir baru-baru ini.
  • Beliau tidak mahu buat komen tentang pemilihan PAS sebelum ini kerana tidak mahu isu pemilihan PAS disensasikan. Pemilihan akan diselesaikan secara adik beradik di dalam PAS.
  • PAS bukan parti individu, Timbalan Presiden akan merangka program secara kolektif dan sentiasa mendapatkan nasihat dari Majlis Syura, Presiden, Dewan-Dewan dan pimpinan lain.
  • PAS perlu adunkan resepi untuk tingkatkan penerimaan orang bukan Islam
  • Beliau sekali lagi menegaskan bahawa TIDAK PERNAH ADA AGENDA PIMPINAN PAS UNTUK BAWA MASUK PAS DALAM BN
  • Pindaan perlembagaan parti yang diluluskan pada muktamar di Kedah telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Selepas muktamar ini ia akan berkuatkuasa.
  • Pindaan tersebut ialah Fasal perincikan kuasa dan keahlian Majlis Syura Ulama, Hal perpindahan cawangan ahli dalam kawasan yang sama; kuasa menangguhkan agenda pemilihan pada tahun berikut jika sekiranya berlaku dengan perkara-perkara mustahak, wakil-wakil dewan ke muktamar PAS Pusat akan ditambah kepada 20 orang;Perlantikan maksima 3 orang Penolong Setiausaha di semua peringkat dan lain-lain.
  • Selepas keluar dari muktamar ini adalah waktu untuk kita rapatkan saf kita bukan lagi masa untuk berselisih faham.

Comments

mohdjusryjaafar said…
Perbezaan dalam pendapat adalah baik untuk jemaah Islam...untuk kepentingan dan kemajuan jemaah Islam..Jangan disebabkan pendapat perbezaan,mungkin nampak ketara, jemaah Islam akan tergadai dek permainan emosi ini...Sayangi lah jemaah kita...Tanganilah segalanya secara Islam...Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula sesama kita