MENGAPA TUNGGU BEGITU LAMA UNTUK SELESAIKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN

Kami rakyat ahli hairan dan pelik dengan sikap pimpinan PAS yang seolah-olah sengaja membiarkan isu ini berlarutan tanpa sebarang langkah penyelesaian yang meyakinkan.
Mengapa dibiarkan isu ini berlarutan dan membarah sehingga menyebabkan rasa risau, susah hati, gundah gulana dan bimbang di kalangan ahli, penyokong dan simpatisan PAS di peringkat bawah.?
Apakah ada agenda tersembunyi atau apa yang disebutkan Tok Guru bahawa ada boneka Umno dan jarum Umno yang sengaja membiarkan isu ini berlarutan dan menjadi barah bernanah yang busuk lagi membusukkan.?
Akhir sekali kami merayu dengan perasaan sebak dan sedih kepada pimpinan supaya hentikan perkara ini dari dibincangkan di media dan khalayak.
Jika ada niat untuk berbincang dengan Umno untuk kerajaan perpaduan ini silalah hentikan serta merta. JANGAN HAMPAKAN KAMI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Insan Marhaen - dihantar kepada mutaligat melalui .............

Comments

Anonymous said…
jangan duk fitnah, takkan telipon tak dapat dihubungi , sms pun senyap je, kut2 lepas lima hari keluar jadi wakil rakyat bebas, huhu.. sama macam kat perak zaman dulu kala..