KEMELUT PERAK : JATUH HUKUM ....RAYU ....JATUH HUKUM ...RAYU ...BILA MAU SELESAI

Kemelut Perak seolah-olah tiada penghujung. Semuanya kerana sikap tamak haloba, gila kuasa dan tidak menerima keputusan rakyat. Kemelut ini bermula apabila BN merampas kuasa dengan secara tidak bermaruah.
Kini setelah mahkamah menjatuhkan hukum bahawa DS Nizar adalah MB yang sah, Zambry membuat rayuan di mahkamah dan mahkamah menerima rayuannya menangguhkan keputusan bahawa DS adalah MB yang sah.
Hari ini DS Nizar pula akan memfailkan rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Hukum dah dijatuhkan ....rayuan akan dibuat dan begitulah seterusnya. Maka ia tidak akan berkesudahan .......hanya satu cara sahaja untuk selesaikannya. Dah berbuih mulut saya dan berkematu jari mengetuk 'keyboard' komputer memohon DUN Perak dibubarkan.

Comments

pi mai pi mai dok tang tu...
Pak Oncu said…
Sofi ekau tak ado gambar lain kor???????? tukar lah gambar ni,,,, tak hensem langsung,,, ha ha ha ha
Gedung Akal said…
Tuan,
Inilah demokrasi terpimpin -selagi rakyat 'belum memahaminya' maka perlu diulang-ulang. Kita pimpin rakyat untuk faham bahawa pemimpin adalah yang betul2 ada kuasa dan kehendak. Rakyat tidak ditindas tetapi difahmkan apa itu demokrasi. Baca lagi ..... http://gedungakal@blogspot.com
Anonymous said…
Siapa yg betul2 gila kuasa sebenarnya?yg peliknya kalau keputusan memihak pada dia..langsung takde komplain..semua adil..tp kalau keputusan memihak pd pihak yg satu lagi..macam2 isu timbul..fitnah lah..rasuah lah..tak adil lah..kenapa yer?
Anonymous said…
pencuri buat kerja senyap sunyi, yang kena curi biasalah hebuh sikit..tak payahlah nak kutuk pihak itu..macam tu...pihak ini macam ni!!
zakaria @ black said…
tak payah nak berkias2. sebut je PAS GILER KUASA... kan senang.. hahaha