TERKINI BUKIT GANTANG : PENGUNDI BERPUSU-PUSU MENGUNJUNGI PONDOK PANAS PAS

Wakil saya melaporkan di kebanyakan peti undi pondok panas PAS lebih ramai dikunjungi pengundi untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih berbanding pondok panas BN. Ini menandakan bahawa sokongang pengundi lebih memihak kepada PAS berbanding BN.
Sebagai contoh di Peti Undi Kampung Tebok, DUN Trong majoriti pengundi menyemak nama mereka di pondok panas PAS. Petugas-petugas PAS kelihatan tidak menang tangan melayan para pengundi yang jelas memberikan sokongan terbuka kepada calon PAS Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Comments

nyok kuooq said…
Alhamdulillah, petunjuk awal yang menggembirakan. Semoga sebahagian besar pengundi dibuka hati mereka oleh Allah untuk memberi undi kepada PAS.

Benamkan Umno di Bukit Gantang.