UMUR PENDEK JIKA TEGUR PEMIMPIN UMNO

NAJIB TIPU RAKYAT LAGI?

Dari seorang pengunjung blog The Scribe A.Kadir Jasin: Dato:

Saya rasa Dato harus menghentikan usaha mem-propaganda-kan orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya.

Tolonglah bercakap secara jujur dan terus-terang. Janganlah menjujung buta-buta axis Najib-Mahathir.

Soalan utama yang ingin saya kemukakan di sini: Siapa kata jemaah/kabinet Menteri Najib itu secara menyeluruhnya 'kecil' seperti kata Dato?

Biar saya huraikan.

Kabinet Abdullah Badawi saiznya 67 (32 menteri dan 35 timbalan menteri).
Kabinet Mahathir tahun 1999 saiznya 54 (27 menteri dan 27 timbalan menteri).
Kabinet Najib Razak bagaimana pula? Saiznya 68! (28 menteri dan 40 timbalan menteri).
Ertinya, walaupun dikurangkan sedikit bilangan menteri penuh sebanyak 4 saja, bilangan timbalan menteri naik sebanyak 5!

Dan dengan itu, saiz kabinet yang diwar-warkan akan dikecilkan, kononnya, adalah satu penipuan besar terhadap rakyat Malaysia. Malah, kabinet Najib adalah kabinet yang memegang rekod sebagai kabinet yang TERBESAR sekali dalam sejarah Malaysia.

Negara-negara dengan bilangan penduduk yang dua atau tiga kali ganda penduduk daripada Malaysia pun ada yang saiz kabinetnya lagi kecil daripada kabinet menteri negara kita. Bayangkanlah.

Mengikut satu kajian sains mengenai saiz kabinet yang paling efisyen, apa-apa kabinet yang lebih besar dari 20 menteri sudah kira semakin kurang efisyen (the "20-person rule" -- hukum 20 orang).

Najib sudah jauh melangkau nombor 20 itu (sudah kurang efisyen), dan lebih daripada itu menambahkan lagi bilangan timbalan menteri dengan mengisi jawatan-jawatan ini dengan orang-orang politik yang tidak semestinya layak atas merit atau kebolehan semata-matta:
-- golongan ahli politik dari Sabah ditambah ramai (kerana bimbang mereka akan menarik balik sokongan mereka kepada Barisan);

-- memberi 4 jawatan menteri kepada MCA yang kalah teruk dalam pilihanraya 2008, sama seperti bilangan jawatan menteri tahun 2004 di mana MCA menang besar;

-- Najib melantik orang politik yang telah kalah teruk dalam pilihanraya umum (iaitu orang-orang yang tidak diiktiraf oleh rakyat): Koh Tsu Koon dari Gerakan (parti yang hancur kalah ranap di pilihanraya 2008), Shahrizat Jalil,Chew Mei Fun dan Awang Adek Hussin. Semuanya ditolak rakyat masa pilihanraya.

Ramai daripada menteri kabinet adalah sisa-sisa dari rejim Mahathir dan Abdullah Badawi juga.
Jadi Dato, macam mana Dato boleh tergamak nak sebut kabinet Najib ini "menarik"?

Tolong jujur sikitlah Dato kalau nak dilihat sebagai penganalisa politik yang boleh dipercaya.

Kalau Dato tidak boleh mengimbangkan komen yang positif dengan komen dan kritikan yang negatif, dan cuma menghelah rakyat dengan memberi komen-komen yang lembut dan manis sahaja, saya rasa baik Dato tolak jemputan masuk televisyen untuk rancangan-rancangan berbentuk 'analisis'.

Para pembaca sekalian harus juga was-was apabila membaca tulisan Dato Kadir Jasin dan para penganalisa politik yang sewaktu dengan beliau agar tidak menelan bulat-bulat semua yang dikatakan mereka sebagai benar dan betul. Gunakanlah akal fikiran untuk menilai tulisan-tulisan mereka ini dengan berhati-hati. Luaskan bacaan dengan mengambil kira pandangan-pandangan yang berbeza untuk mengimbangkan pandangan yang sempit.

Wassalam.

Comments

Anonymous said…
Yang dikatakan Kabinet itu ialah anggota Jemaah Menteri TIDAK termasuk Timbalan Menteri. Jadi kabinet DS Najib lebih kecil dari Kabinet Pak Lah. Kurang 4 Menteri dikira lebih kecil lah kalau diikut falsafah matematik.

Namun kalau ikut Ilmu Pembangkang, Apa sahaja pun mesti dicari salahnya! Yang betulnya dikelirukan supaya dilihat salah!

Kalau ajaran Islam, orang yang sentiasa cari salah orang dan sentiasa cari sebab untuk menghasut orang, tempatnya hina diatas dosanya! Lebih teruk lagi apabila orang yang sentiasa cari sebab untuk memecah belahkan umat Islam, dia adalah pemimpin jalan ke Neraka!
Keylee Daud said…
biasa la tu...mainan depa