NAJIB TAMBAH PENING, ROMBAKAN KABINET TIMBULKAN MASALAH

Pening tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau belum hilang kini Najib bertambah pening untuk melayan kerenah Parti-parti komponen yang 'demand' untuk mendapatkan kerusi menteri dalam kabinet barunya.
Malah anggota Umno sendiri turut mengusutkan fikiran Najib kerana meminta sesuatu yang sukar untuk Najib tunaikan.
MCA mengadakan mesyuarat tergempar barisan pemimpin kanannya pagi ini - dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Najib Razak - susulan rombakan kabinet perdana menteri yang dijangka lebih kecil.
Pertemuan itu diadakan di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya selepas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga menteri pengangkutan, bertemu Najib kelmarin.
Dalam sidang media selepas mesyuarat selama 90 minit itu, Ong berkata MCA menggesa Najib mengekalkan kuota parti itu - rakan komponen kedua terbesar dalam BN - seperti sejak pembentukan gabungan itu pada 1974.
Pemuda Umno pula sudah mengetahui bahawa Najib bakal 'menyembelih' Khairy dengan tidak melantiknya menjadi menteri. Maka kumpulan pelobi Khairy mula mendesak Najib supaya melantik Khairy menjadi menteri sebagaimana tradisi sejak zaman berzaman bahawa Ketua Pemuda mesti dilantik sebagai Menteri.
Najib juga perlu memikirkan Ketua Wanita dan Ketua Puteri yang sudah pasti dalam senyap memendam rasa untuk menjadi menteri juga.
Selain itu parti-parti komponen dari Sabah dan Sarawak juga sudah tentu 'demand' kerana merekalah yang menyelamatkan BN pada PRU 2008 lalu.

Jadi apabila Najib ingin mengecilkan kabinetnya sudah tentu akan ada parti-parti terkorban dari segi jumlah kerusinya. Parti-parti tersebut sudah tentu marah kerana kita tahu parti-parti komponen BN matlamat perjuangan mereka untuk kuasa dan pangkat kerana dengan adanya kedua-dua perkara tersebut sudah tentu banyak 'business' dan projek boleh 'masyuk.

Comments