MCA PULA MAINKAN ISU PERKAUMAN

Belum apa-apa lagi MCA cuba memainkan isu perkauman dengan mengambil kesempatan dari perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. MCA menuntut agar Najib mengujudkan Timbalan Perdana Menteri ke 2 dari kaum Cina.
Maka selepas kemungkinan pula MIC menuntut Timbalan Perdana Menteri ketiga, PBS menuntut TPM keempat dan seterusnya. Ternyata walaupun Najib melangsungkan slogan One Malaysia semalam namun hakikatnya BN terus mengamalkan dasar POLITIK LAMA iaitu politik perkauman sempit.
Bukankah POLITIK BARU yang dibawa oleh PR lebih jelas dan kukuh. Sesiapa yang layak dengan syarat-syarat tertentu beliau boleh memegang apa juga jawatan. Di mana yang penting kita mesti merujuk kepada perlembagaan dan kepentingan serta kedaulatan negara.
Saya yakin tuntutan yang dibuat MCA dinyatakan oleh seorang pemimpinnya Datuk Loke Yuen Yow adalah bertujuan untuk mengapikan semangat perkauman Cina dan juga untuk membuktikan BN dan Umno telus dan terbuka. Dengan isu perkauman ini MCA dan BN yakin mereka akan mendapat sokongan kaum Cina yang kian luntur kepada BN. Selain itu bila Umno mempertahankan kemelayuannya maka Umno berharap orang melayu akan menyokong Umno. Jadi Cina sokong MCA, Melayu sokong Umno. Jadi BN menang, itu harapan mereka.
Saya harap semua pengundi tidak terpedaya dengan mainan politik perkauman BN ini.

Comments

Wannnnn said…
segala yang di mainkan umno untuk kenekan pembangkang semua dah berbalik ke umno. . .
Kita tak percaya bahawa mca ada bola untuk tuntut sedemikian.
Pada hal orang mca tau mereka dah kalah teruk dan tak bolih mintak apa dah. Dulu belum kalah teruk tak mintak pun.
Ianya di rancang olih pihak umno supaya melayu kelihatan diasak dan sini lah umno akan mainkan sentimen melayu.
Supaya kelihataan najib ada kerja untuk buat. iaitu tentang pihak cina dan Melayu "terdesak" untuk undi umno demi jaga orang Melayu.
Selama 25 tahun tak pernah umno pertahankan raja-raja Melayu.
Tak perlu lah saya buka babak sejarah umno yang tekan raja-raja selama 25 tahun.
Dan seperti biasa semua komponen parti bn kelihatan happy saja selama 25 tahun.
azrin said…
Saya tak setuju ianya satu isu perkauman. MCA ada hak meminta sedemikian. Pun begitu, saya percaya ia tidak akan dilayan oleh Pm baru pasal nak jaga hati umno. Mentaliti Umno tidak akan dapat menerima hakikat TPM daripada kaum lain.

Perlu diingat bahwa, sekiranya PR memerintah, akan ada dua jawatan TPM, satu dari DAP dan satu dari PAS. Saya fikir ini sangat adil dan wajar dalam keadaan sekarang.

PAS for ALL