PRK BUKIT GANTANG : SURVEY TUNJUKKAN PR AKAN MENANG

Pengundi Bukit Gantang menunjukkan isyarat yang jelas bahawa mereka menolak BN dan lebih cenderung menyokong PR.

Dari survey bebas yang dijalankan oleh Ilham Centre mendapati bahawa 40.4 % atau 251 responsden menjangkakan PR akan menang berbanding hanya 25.2 % (157) berpihak kepada BN manakala 34.4 % 214) menjawan tidak tahu.

Sejumlah 622 responden yang terdiri dari 65.6% (408 orang) pengundi Melayu, 30.9% (192 orang) Cina dan3.5% (22 orang) India.

230 responden adalah terdiri dari penyokong BN dan 281 responden adalah penyokong PR dan 111 tidak menyokong mana-mana parti.

Sejumlah 33 % atau 205 responden pula setuju bahawa cara terbaik menyelesaikan krisis di Perak dengan membubarkan DUN manakala 17.8 % (111) akur dengan tindakan BN mengambilalih kuasa di Perak sementara 49.2 % (306) menjawab tidak tahu.

Lebih mengejutkan 22.2 % atau 51 penyokong BN bersetuju agar DUN dibubarkan bagi menyelesaikan krisis di Perak; 97 atau 42.2 % akur dengan tindakan BN dan 82 atau 37.0 % penyokong BN menjawab tidak tahu.

Ini menunjukkan bahawa ramai di kalangan penyokong BN sendiri tidak setuju dengan tindakan pimpinan mereka merampas kuasa di Perak.

Responden juga jelas memberikan sokongan kepada tindakan Nizar yang tidak mahu meletakkan jawatannnya di mana 25.7 % ( 160 responden) bersetuju bahawa tindakannya bertepatan dengan perlembagaan dan 24.8 % (154 responden) mendakwa Nizar derhaka kepada Sultan dan 308 atau 49.5 % menjawan tidak tahu.

Dari hasil survey diatas kesimpulannya ialah pengundi Bukit Gantang lebih cenderung menyokong PR dan BN menghadapi saingan yang sukar untuk merampas kerusi Bukit Gantang ini.

Comments