BUKIT GANTANG : NIZAR DAN ZAMBRY WAJAR BERTEMBONG

PRK Bukit Gantang wajar mempertemukan kedua-dua Menteri Besar Perak yang masing-masing mendakwa sah.


Jika kedua-dua mereka bertembong sudah pasti akan ada seorang yang menang dan seorang lagi kalah. Memang susah untuk kedua-duanya seri kerana tidak pernah dalam sejarah Pilihanraya di Malaysia ada calon yang seri selepas kiraan. Paling hampir ialah semasa PRU 2004 di DUN Kemuning, Kelantan di mana calon PAS Cikgu Zakaria Yaakob hanya menang 2 undi sahaja. Kemenangan beliau juga membolehkan PAS terus menerajui Kelantan pada penggal itu.


Saya yakin majoriti dari rakyat Malaysia 'gumbira' jika kedua-dua mereka sanggup bertembung pada PRK itu bagi menguji pengaruh siapa yang lebih hebat. Jadi mudah untuk rakyat menghakimi mereka berdua.


Lebih manis lagi jika ditakdirkan Zambry menang, Nizar mesti menerimanya. Atau jika Nizar menang Zambry mesti letak jawatan dan pilihanraya negeri mesti dilakukan segera untuk memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan baru yang lebih stabil.

Jadi saya harap BN dan PAS dapat memilih kedua-dua mereka untuk mewakili parti masing-masing pada penamaan calon 29 Mac ini.

Comments