PRK BKT GANTANG & BKT SELAMBAU : LEBIH BAIK BN BAGI KEMENANGAN PERCUMA ~ Ref Malaysiakini

Pilihanraya Kecil (PRK) di dua kerusi iaitu Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sudah pasti akan diadakan dalam masa 60 hari. SPR tidak mempunyai alasan untuk tidak mengadakan PRK sebagaimana yang mereka lakukan untuk tidak mengadakan 2 PRK lain iaitu di DUN Changkat Jering dan Behrang di Perak.
Esok SPR akan bermesyuarat dan menentukan tarikh penamaan dan pengundian untuk kedua-dua kerusi tersebut iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
PRK di kedua-dua bukit ini cukup memcemaskan BN yang sememangnya takut dan ngeri untuk berhadapan dengan PR sejak-sejak akhir ini. Manakan tidak sejak PRU 12 lalu, BN sudah dua kali dimalukan oleh rakyat Malaysia. Kini mereka bakal dimalukan 2 kali lagi. Sebab itulah mereka amat takut sehingga mencari jalan supaya tiada PRK di kedua-dua DUN di Perak.
Kini BN tiada pilihan lain. Mereka terpaksa 'mendaki' kedua-dua bukit tersebut walapun kudrat mereka sudah tinggal sedikit.
Oleh itu saya mencadangkan supaya BN MEMBERIKAN KEMENANGAN PERCUMA kepada PR untuk kedua-dua kerusi tersebut. Tidak ada gunanya mereka bertanding sedangkan BN sudah tahu mereka bakal kecundang dan dimalukan dengan semalu-malunya oleh rakyat dan PR.
Seorang ahli Sains Politik, Dr Agus Yusoff secara jelas menyatakan mood rakyat sekarang ini lebih cenderung menyokong PR.
Bagi saya rakyat bukan sahaja cenderung menyokong PR tetapi sebenarnya mereka meluat dan menyampah kepada pemimpin BN dan BN sendiri. Ini kerana terbentang di depan mata bahawa Umno iaitu tunjang BN adalah parti rasuah yang menyebabkan rakyat jijik kepada Umno dan BN. Selain itu angkara jahat Umno yang merompak kerajaan negeri Perak secara rakus dan zalim benar-benar menaikkan kemarahan yang ke tahap maksimum. Kemarahan dan kemeluatan rakyat kepada BN ini benar-benar ditunjukkan oleh rakyat khasnya rakyat bukan Melayu.

Oleh kerana komposisi pengundi di kedua-dua kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah tinggi, saya yakin peluang BN untuk menang di sana amat tipis. Oleh itu elok rasanya untuk menutup malu BN menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada PR di kedua-dua kerusi tersebut. Dengan ini hati pemimpin BN akan dapat diubati kerana jika tiada PRK kita tidak dapat mengetahui kecenderungan sebenar rakyat hari ini.
Untuk rekod bagi Parlimen Bukit Gantang terdapat 63.5 % Melayu, 27.1 % Cina dan 9.1 % India.
Untuk DUN Bukit Selambau, Kedah 50.2 % Melayu, 19.3 % Cina dan 29.5 % India.

Comments