BN TERUS KELEMASAN ~ Ref Malaysiakini

Sebagaimana biasa apabila BN berada dalam keadaan kelemasan dan tersepit mereka akan menggunakan Polis untuk berdepan dengan rakyat.
Semaalm dua kejadian memalukan berlaku. Pertama ceramah Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa di Sg Nibong Pulau Pinang diganggu polis malam tadi.
Lapan buah trak FRU serta 'water cannon' bergegas ke rumah Timbalan Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Haji Idris Abdul Rahman untuk menghalang orang ramai daripada mendengar perkembangan Negeri Perak serta kemelut yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

"Ratusan FRU dan Special Branch (SP) berkampung di keliling rumah Pak Leh semalam semata-mata menghalang orang ramai daripada mendengar penerangan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, " ujar Ketua Penerangan PAS Bayan Baru, Raziz Md Nor disiarkan oleh Harakahdaily.
Pagi semalam Polis menahan empat pemimpin PKR Kuala Kangsar berhubung pengedaran risalah penerangan krisis politik di Perak.
Mereka - termasuk ketua Wanita bahagian dan ketua Angkatan MudaKeadilan (AMK) - ditahan di Arena Square Pasar Tani di Kuala Kangsar.
Ternyata BN berada di dalam kelemasan sekarang. Skrip dan modus operandi mereka sama sahaja, bila BN tidak berjaya untuk mengekang sokongan rakyat kepada PR mereka akan mengarahkan Polis untuk bertindak mengganggu dan mengacau program PR.

Comments