WAN FARID BAKAL KEHILANGAN JAWATAN KABINET ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Farid Wan Salleh bakal kehilangan jawatannya jika beliau menerima keputusan BN untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Ini kerana beliau belum pasti boleh menang pada Pilihanraya Kecil tersebut. Bagi saya jika Wan Farid sayangkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri beliau hendak menolak pencalonan tersebut.
Kerusi Kuala Terengganu bukanlah kubu kuat BN atau PAS. Kedua-dua parti tidak boleh mendabik dada bahawa mereka akan menang mudah pada pilihanraya tersebut.
Jadi jika Wan Farid menerima pencalonan tersebut maknanya beliau menolak tuah kerana beliau sudahpun menjadi anggota kabinet. Malah jika beliau tewas maka rekod peribadinya sudah pasti tercemar. Sedangkan beliau sebelum ini mempunyai rekod bersih dalam politik iaitu tidak pernah tewas. Bagi saya jika Wan Farid ingin bertanding lebih baik beliau mencari kerusi yang selamat pada masa akan datang.
Kerusi Parlimen Kuala Terengganu seringkali bertukar tangan antara BN dan PAS serta S46. Pada Pilihanraya 1990 ianya dimenangi oleh Datuk Manan Othman, S46; PRU 1995 di menangi oleh Dato Abu Bakar Daud dari BN; PRU 1999 dimenangi oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad, PAS dan PRU 2004 serta 2008 dimenangi Allahyarham Dato' Razali Ismail, BN.

PAS akan menamakan calonnya esok. Antara bakal-bakal calon yang 'favourite' ialah Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu; ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad An-Nawawi; Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, Datuk Hj Mustafa Ali; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang juga AJK PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong dan tokoh korporat, Prof Madya Dr Mohd Khazani Abdullah.
Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.
Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland pada 28 November lalu.
Penamaan calon akan berlangsung pada 6 Januari dan hari pengundian bakal diadakan pada 17 Januari 2009.

Comments

Kekalahan Umno Bn bermakna kekalahan yang kelas kepada sebuah parti yang angkuh, perkauman dan penuh dengan pengkhianatan kepada orang Melayu.

Kemenangan PAS bermakna kemenangan kepada satu Gerakan Islam yang begitu gigih memperjuangkan Keadilan Islam, tanpa mengira kaum, anutan dan fahaman politik.

Kepada rakyat Kuala Terengganu, berilah undi anda kepada calon PAS.

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com