PERALIHAN KUASA MAKIN HAMPIR ? ~ Ref Malaysiakini

Anwar minggu lalu membuat kenyataan bahawa beliau akan lebih menumpukan kepada hal-hal ekonomi berbanding isu peralihan kuasa. Ramai pihak tertanya-tanya mengapa tiba-tiba Anwar berubah angin sedangkan sebelum itu beliau akan tetap mendakwa bahawa perancangan untuk mengambilalih kuasa masih 'on track'.

Setiap kali wartawan mengaju soalan tentang peralihan kuasa, Anwar tetap yakin yang beliau akan berjaya. Tetapi tiba-tiba minggu lalu Anwar berpusing 180 darjah dan ingin menumpukan usaha membangunkan ekonomi negara pula.

Ada pihak yang mendakwa itu hanyalah helah Anwar untuk meredakan suasana yang panas iaitu penahanan rakyat di bawah ISA dan juga suasana pemilihan Umno yang kucar kacir.

Tiba-tiba sehari dua ini timbul lagi spekulasi yang lebih hebat di mana diberitakan semua ahli parlimen PKR telah dilarang meninggalkan negara dalam masa dua minggu ini!

Laman Web Tranungkite menyiarkan artikel edyesdotcom yang meyatakan seorang ahli Parlimen PKR memberitahu Sin Chew bahawa dia menerima arahan mengatakan bahawa parti akan membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Badawi dan semua ahli Parlimen PKR mesti berada didalam negeri sehingga arahan seterusnya.

Edyesdotcom juga berkata bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat amat kuat dan percaya bahawa peralihan kuasa akan berlaku tidak lama lagi.

Beliau juga berkata, sebelum ahli ahli Parlimen BN berangkat ke Taiwan, seramai 31 ahli-ahli Parlimen BN telah pun menandatangani akuan bersumpah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut maklumat dalaman PKR, Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan untuk mengkhaskan jawatan PM dan tPM kepada orang Melayu apabila mengambil alih kerajaan pusat, kerana persekitaran politik yang masih belum menentu buat masa ini.

Samada benar atau tidak apa yang diperkatakan di atas tidak dapat kita pastikan. Namun kita masih berharap agar kerajaan baru PR akan ditubuhkan secepat mungkin.

Comments

ana ingat peralihan kuasa dari UMNO ke UMNo (paklah ke najib), kalau betul macam tu (dari UMNO/BN ke PR) alhamdullillah. tak sabar dah ni