USAHA LARANG AZAN : MB PENCEN & DAKWAANNYA WAJAR DISIASAT~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Pencen, Khir Toyo tidak habis-habis menganggu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Bermula dengan isu babi, isu air dan sebagainya kini timbul pula isu larangan azan. Khir mendakwa adanya usaha pihak-pihak tertentu menghalang azan dikumandangkan di Puchong dan Kota Damansara.

Saya yakin isu ini adalah isu yang bahaya kerana ianya melibatkan sensitiviti agama di kalangan rakyat negara ini yang berbilang kaum. Isu ini lebih bahaya dari isu yang dicipta oleh Ahmad Ismail yang hanya menyentuh soal bangsa sahaja bukan agama.

Mengapa Khir Toyo seorang pemimpin yang sepatutnya sudah matang dan ganyut berani menyentuh isu ini sedangkan beliau sudah tentu faham akan bahayanya menimbulkan isu ini. Adakah beliau ingin mencari publisiti murahan atau ingin menangguk di air keruh untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kepada dirinya dan Umno?

Khir Toyo dilaporkan membuat kenyataan (tidak cerdik dan bahaya) ini dan ianya disiarkan oleh Utusan Meloya yang bertajuk 'Ada Usaha Larang Azan di Masjid-masjid Selangor' pada 9 September lalu..

Saya menyokong penuh tindakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Dr Siti Mariah Mahmud yang membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Pencen itu yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan ini.

Laporan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen Kota Raja itu di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi tadi.

Saya menggesa Polis menyiasat Khir Toyo dengan telus, adil dan cepat agar isu ini tidak diperbesar-besarkan lagi. Andainya betul terdapat unsur hasutan dan membahayakan ketenteraman awam saya menggesa Khir Toyo dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum setimpal dengan kesalahannya itu. Kita tidak mahu pihak berwajib mem'bakulsampah'kan laporan Polis YB Dr Siti Mariah ini sebagaimana pihak berwajib telah mem'petisejuk'kan laporan terhadap Khir Toyo yang dibuat oleh Lutfi Othman dan Ezam Mohd Nor bertahun-tahun dahulu.

Selain itu saya juga menggesa pihak berwajib menyiasat samada benar dakwaan Khir Toyo bahawa adanya usaha untuk menghalang laungan azan di kedua-dua tempat tersebut. Sekiranya benar dakwaan Khir Toyo saya juga menggesa pihak berwajib mengambil tindakan terhadap individu-individu terbabit sejajar dengan peruntukan dan undang-undang yang ada.

Saya juga mengharapkan kerajaan Pakatan Rakyat menyiasat isu ini takut-takut nanti dakwaan Khir Toyo ini benar-benar berlaku. Kerajaan PR mesti bertindak pantas menghentikan usaha-usaha ini jika benar-benar berlaku. Malah jika didapati pegawai-pegawai kerajaan atau anggota kerajaan yang terlibat mereka itu mesti diambil tindakan. Tindakan pantas sangat penting bagi mematikan isu yang sangat merbahaya ini.

Jangan main-main dengan isu agama ianya boleh menyebabkan semua orang tidak senang duduk sedangkan kita sekarang berada dalam keadaan aman sejahtera dan sentosa. Tetapi kalau Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah hidup kita lebih aman sejahtera dan sentosa dari apa yang kita nikmati sekarang.

Comments

Hasbullah Pit said…
Yang Tidak jelas hendak di siasat
Yang jelas kenapa tiada tindakan?
Unknown said…
buat ape korang nak sokong pembangkang macam PKR ni?
nak tau betul ke tak ape yang khir toyo tu cakap, aku cabar korang pergi kat puchong
bandar puteri kat apartment Sri Dahlia.
aku pernah tinggal kejap kat sane. sedih dan naik marah gak apabila azan dikumandang, terdengar penghuni2 apartment memaki hamun si azan dari tingkap apartment. terpaksa la si azan melaungkan azan dalam nada yang lemah dan bersahaja sahaja. volume pun dikecilkan. xde sorang pun melayu yang berani bersuara untuk menegur org yang memaki hamun tersebut. termasuklah aku.

ni la kisah benar tentang satu tempat kat puchong. tempat lain xtau pulak aku.

aku cadang, sebelum korang nak tuduh bukan2 kat khir tu, baik korang g siasat sendiri la. itu yang terbaik.