SAYA TIDAK AKAN NYATAKAN APA RANCANGAN SAYA - PAK LAH ~ Ref Malaysiakini

"Saya tidak akan nyatakan apa rancangan saya" kata Pak Lah ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap Anwar.

Kenyataan Pak Lah membawa seribu makna yang tersurat dan tersirat.

Sebelum itu Pak Lah seolah-olah memberikan justifikasi kepada sesuatu tindakan kepada Anwar apabila berkata "Anwar adalah satu ancaman kepada ekonomi serta keselamatan (negara)".

Malaysiakini dalam laporannya menyatakan ini sudah cukup untuk memberi alasan kepada pihak pihak kuasa untuk menggunakan ISA terhadap Anwar dan membolehkan beliau ditahan tanpa bicara

Persoalan sekarang apakah rancangan Pak Lah untuk menyekat kemaraan Anwar?
Banyak sekali tindakan yang beliau boleh ambil kerana atas dunia ini khasnya di Malaysia beliau berkuasa sepenuhnya. Hanya Allah sahaja boleh mengatasinya. Begitulah kehebatan Pak Lah yang punya apa sahaja untuk menentang Anwar. Pak Lah ada surat khabar, TV, Polis, Tentera, jentera kerajaan dan seribu satu kuasa yang tidak ada pada orang lain. Beliau berhak untuk menunjukkan keangkuhannya kepada manusia tetapi beliau jangan lupa di sana Allah sedang menanti sesiapa yang zalim dan mabuk kuasa kerana manusia amat lemah dan kerdil di sisiNya.

Kini setiap detik amat mendebarkan semua kita sebagai pencinta keadilan dan kejujuran serta pembenci kezaliman, ketamakkan, kedurjaaan, kebongkakan dan keangkuhan.

Sejarah mengajar kita bahawa manusia walau dimana sekalipun kerapkali hilang kewarasan apabila sesuatu yang disayangi bakal terlepas dari tangan. Umpama kekasih sanggup terjun bangunan kerana putus kasih.

Namun kita menaruh harapan moga-moga bulan Ramadhan menjadi bulan keinsafan buat kita semua. Jangan kita bertindak mengikut nafsu walaupun kita berkuasa dan berpangkat besar. Kita tahu bahawa doa orang yang kena zalim TIDAK ADA HIJAB DISISI ALLAH.

Comments