PAK LAH BERHADAPAN DENGAN SEMUA 'GENG ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah sebenarnya keseorangan sekarang. Hasratnya untuk menunda Persidangan Agung walaupun seakan-akan diterima oleh MT Umno tetapi sebenarnya sebahagian besar akar umbi Umno tidak setuju dengan penangguhan tersebut.

Saya beranggapan bahawa Pak Lah akan tetap mempertahankan jawatan Presidennya walaupun beliau memberikan tempoh 2 minggu iaitu sebelum 9 Oktober ini untuk berfikir. Sebenarnya Pak Lah bukan berfikir tetapi sedang mengatur strategi dan mengumpul maklumat bagi memastikan beliau mendapat sekurang-kurangnya 58 pencalonan pada pemilihan bahagian-bahagian Umno bermula 9 Oktober ini.

Pembodek-pembodeknya diketuai menantu 'intan payungnya' Khairy sudah tentu menggunakan kesempatan 2 minggu ini untuk menjelajah atau bertemu dengan semua Ketua Bahagian atau pimpinan Bahagian bagi mendapat sokongan walau dengan apa cara sekalipun. Sepertimana kata Dr Mahathir, jawatan banyak lagi yang boleh diujudkan untuk sesiapa yang mahu membodek Pak Lah dan selepas itu bahagiannya mesti mencalonkan Pak Lah. 2 contoh terbaru ialah perlantikan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis, Shahidan Kassim sebagai Penasihat Pak Lah koridor utara. Apa penting dan hebatnya Shahidan sehingga dipilih sebagai Penasihat Pak Lah sedangkan sudah ada jawatankuasa atau badan yang menguruskan Koridor ini. Selain itu Ketua Bahagian Pasir Salak, Tajuddin Rahman pula dilantik sebagai Pengerusi Felcra.

Selepas ini entah apa jawatannya pula akan diujudkan oleh Pak Lah untuk Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri dan Ketua-ketua Bahagian. Mungkin macam-macam penasihat akan dilantik contohnya penasihat Pertanian, Penasihat Seni, Penasihat Ekonomi dan sebagainya.

Malah Pak Lah bolehkan juga memberhentikan penasihat-penasihat seperti Agama, wanita dan sebagai dengan Ketua-ketua Bahagian Umno yang mahu mencalonkannya. Apa susah Pak Lah ada 'full power' untuk buat apa sahaja.

Semuanya kerana Pak Lah tahu bahawa beliau sekarang ini keseorangan cuma ditemankan oleh menantunya Khairy dan samseng-samseng Khairy.

Ku Li menentangnya, Mahathir-Mukhriz menentangnya, Najib-Hishamuddin-Muhyiddin menentangnya, Rais-Shafie Afdal menentangnya, semua mereka tidak setuju Persidangan Agung Umno ditunda. Tetapi mungkin sebahagian mereka diam sebagai strategi untuk menyelamatkan diri.

Umno, Umno tak habis-habis merebut jawatan dan pangkat yang menjadi fitnah dunia.

Mukhriz sebagai contohnya menentang penangguhan sidang tersebut sehingga Mac. Beliau berkata tindakan Majlis Tertinggi (MT) menangguhkan Perhimpunan Agung parti yang dijadual Disember ini ke Mac depan yang dilihatnya memberi impak negatif.

Beliau berkata, tindakan MT itu menyebabkan anggota Umno menjadi semakin bosan dengan kepimpinan parti kerana bagi mereka tidak ada keperluan munasabah Perhimpunan Agung Umno perlu ditangguhkan.

Katanya, beliau sendiri tidak faham kenapa penangguhan itu perlu dilakukan dan ia tentunya akan memberikan gambaran yang tidak sihat serta boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan anggota akar umbi.

Daripada maklum balas yang beliau terima dari seluruh negara, beliau mendakwa penangguhan Perhimpunan Agung Umno itu memberikan impak negatif dan ramai yang mahu supaya MT membatalkan penangguhan tersebut.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa fan berkempen kepada ahli-ahli Umno Bahagian Temerloh dan Kuala Krau di Temerloh semalam.

Mukhriz berkata, penangguhan yang mengambil masa hanya tiga bulan dari tarikh asal itu juga tidak relevan dan tidak memberikan sebarang kelebihan dalam menguatkan semula parti. (Sumber: Bernama)

Comments

dariana said…
Acapkali DSAI dituduh pembohong oleh Pak Lah dan kekuncunya trutamanya ttg tarikh 916 baru2 ni. tapi DSAI dan org2 PR positif dan tetap positif bahawa taklama dah PakLah n kekuncunya akhirnya/akan gone.

Yang nampaknya Pak Lah amat negatif kini dgn takhta PMnya sendiri.

harga minyak dinaikkan cepat, turunnya plak sangat slow. PRU jadi segera, tapi sidang UMNO jadi tertunda...Dis 2007>>Dis 2008... gamak Jun 2008...aii jadi Mac 2008 plak kenape? GELABAH!!!betul tentukah Mac09 tu?...kot PL bohong lagi! kena bersumpah nih!!!

Ada orang queen control, nampak gayanya Pak Lah memang menantu control!

wa makaru wa makarallahi..wallahu khairulmaakiriiin.