AWAS UMNO, GERAKAN DAN MCA SEDANG BERSANDIWARA ~ Ref Malaysiakini

Isu penghinaan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera terhadap kaum Cina adalah agenda BN untuk menarik sokongan rakyat kepada BN selain dari mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu tersebut.

Mungkin ramai yang terlupa bahawa jentera perang saraf dan politik BN sentiasa bermain dengan api perkauman pada setiap kali kedudukan BN dan parti-parti komponennya tergugat.

Inilah sebenar drama dan sandiwara yang sedang dilakonkan oleh Umno, MCA dan Gerakan dalam usaha mereka menarik sokongan rakyat kepada BN.

Umno akan membuat kenyataan berapi-api tentang ketuanan Melayu dan kedudukan keistimewaan orang Melayu yang kian terhakis. MCA dan Gerakan akan membalas dan mengecam tindakan Umno untuk menunjukkan MCA dan Gerakan adalah juara kaum Cina melebihi parti-parti lain.

Inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Ahmad Ismail yang mendokong watak utama dalam episod ini manakala Koh Tsu Kon menjadi pelakon pembantu yang serba boleh. Itulah sebabnya media tidak jemu-jemu memaparkan isu penghinaan Ahmad Ismail kepada orang Cina ini dengan harapan orang Melayu akan menyokong Ahmad dan Umno. Manakala Gerakan dan MCA berlakon bermati-matian mempertahankan orang Cina daripada penghinaan Umno.

Maka dengan ini pada masa yang sama BN mendapat sokongan Orang Melayu melalui Umno yang dilihat begitu berani dan bersemangat mempertahankan Melayu manakala MCA dan Gerakan akan membuat kenyataan balas menjawab tuduhan Umno dengan berani dan ini dijangka mengembalikan balik sokongan kaum Cina kepada BN. Ini bolehlah dipanggil strategi berlapis atau serampang dua mata.

Seperti biasa setiap kali adanya peristiwa dan isu besar maka secepat kilat Umno menggunakan segala kepakaran mereka untuk melancarkan perang saraf kepada rakyat dengan dibantu oleh media seperti TV3 Suku, Utusan Meloya, Berita Hairan dan sebagainya.

Oleh kerana ahli dan penyokong PR jangan gelabah dan mudah percaya dengan agenda penyatuan Melayu dan kedaulatan Melayu atas tajaan sesiapa juga kerana agen-agen Umno/BN sedang berkeliaran mencari mangsa untuk 'disembelih'.

Comments

Che Ahmad said…
Isu ini pada pendapat saya sama sekali tidak mendatangkan hasil yang positif buat BN atau UMNO dalam masa yang terdekat ini. Kalau ada pun, mungkin ini adalah jalan terakhir BN untuk mempertahankan kedudukan mereka dengan mengisytiharkan darurat.

Justeru, tidak ada sandiwara. Yang ada cuma cacing-cacing kepanasan.
Hasbullah Pit said…
Saya pun menolak teori sandiwara juga.
Nordin said…
Dalam politik, ada kalanya ianya tidak dirancang. Tetapi apabila sesuatu berlaku, kerapkali orang yang berkepentingan akan mengambil kesempatan.

Dalam 'drama Ahmad Ismail dengan isu Pendatang', pelakon-pelakon politik seperti gerakan dan mca memainkan peranan penting.

Kekecohan yang melampau adalah suasana yang amat kondusif untuk pihak berkepentingan memainkan jarum mereka.

Kita mungkin mahu menafikan 'sandiwara' ini. Tetapi kenapa tempua bersarang rendah?

Kenapa dengan tidak semena-mena ketua angkatan tentera meniup semboyan amaran agar tidak memainkan isu kaum. Yang menariknya, ancaman itu dibuat depan orang umno di dalam bangunan umno? Apakah general itu memberi amaran pada orang umno? Tidak mungkin!

Dalam politik, ada kalanya apa yang mustahil itulah yang berlaku.

Oleh itu berhati-hatilah dan jangan terperangkap dan jangan leka.
Che Ahmad said…
Nampaknya memang benar telahan saudara. Ini mungkin sandiwara paling bahaya pernah ditayangkan tahun ini. Satu-satunya sebab dan memang itu lah sebabnya. Tersentak saya dengan kemungkinan ini.

Plan B: Meniup Api Perkauman; tak sangka BN/Umno benar2 ikut buku panduan survivor ni.

Berikut ialah nama2 yang 'memberi nasihat supaya jangan tiup api perkauman' atau 'tahan Ahmad bawah ISA!' dan lain2.

1. Abdul Aziz Zainal
2. Ismail Omar
3. Rafidsh Aziz
4. Najib Tun Razak
5. Tan Lian Hoe
6. Ong Ka Ting
7. Abdullah Ahmad Badawi
8. Samy Vellu
9. M Kayveas

Makin ramai yang beri nasihat yang sama, akhirnya boleh tertiup juga. Bukankah itu taktik yang sama digunakan sebelum ini (contohnya; jangan politik kan kes saiful!)

Tetapi, dalam kekecohan kenyataan demi kenyataan berunsur 'teguran' ini dikeluarkan oleh pelbagai pihak, tindakan yang sepatutnya masih belum diambil!