ANWAR KE KOTA BAHARU BERTEMU TOK GURU BINCANG TUBUH KERAJAAN? ~ Ref Malaysiakini

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini bertemu dengan 2 orang Tok Guru PAS, iaitu pemimpin tertinggi PAS, Presiden dan Mursyidul Am PAS. Ianya berlangsung di Kota Baharu dalam suasana yang harmoni dan ceria.

Menurut sumber antara perkara yang mungkin dibincangkan ialah pembetukan kabinet dan kerajaan PR.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah beberapa kali membuat penegasan bahawa kerajaan PR mestilah mendaulat Islam dalam ertikata bahawa kerajaan itu mesti diketuai dan didominasi oleh kepimpinan Islam. PAS sentiasa komited untuk memastikan bahawa Islam tidak dikesampingkan.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula sentiasa konsisten dalam kenyataannya mahukan PAS kekal dan komited dengan penubuhan kerajaan PR. Malah Tuan Guru dengan jelas memuji strategi dan perancangan Anwar yang menyatakan bahawa kerajaan PR akan dibentuk pada 16 September.

Tok Guru berkata, kalau tidak jadi pun tak apa kerana itu adalah strategi berpolitik yang menyebabkan BN tidak duduk diam memikirkan cara untuk menggagalkannya.

Tidak syak lagi bahawa Anwar komited untuk memastikan hasrat dan kemahuan PAS untuk memastikan Islam didaulatkan di dalam kerajaan PR sebab itu Anwar sanggup untuk berbincang dengan kedua-dua tokoh paling berpengaruh di dalam PAS maupun diluar PAS.

PAS sebagai sebuah parti Islam tidak akan 'demand' atau meminta kerusi atau portfolio yang tidak masuk akal. Begitu juga PAS tidak mahu dipermainkan dengan diberikan peranan bagaikan melukut di tepi gantang di dalam kerajaan PR nanti. PAS sentiasa professional, realistik dan tawaduk serta matang dalam setiap perbincangan dan keputusan. Ini dapat dibuktikan dalam setiap kerjasama dan tahaluff siyasi PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif dahulu. Bukan PAS yang keluar atau menggagalkan pakatan tersebut tetapi parti sahabat lain yang keluar atau meninggalkan 2 gabungan tersebut.

Insya Allah semuanya berjalan dengan baik. Saya yakin PAS tetap setia dan komited dengan pembentukan kerajaan baru PR. Bagi sahabat kita yang bukan Islam jangan khuatir dan takut saudara-saudari tidak akan disia-siakan sebagaimana PAS telah buktikan di Kelantan, Terengganu dan kini di Kedah.

Comments