PENAHANAN DUA EXCO PERAK TIDAK JEJAS IMEJ - NIZAR ~ Ref Malaysiakini


Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, penahanan dua Exco Kerajaan Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah tidak menjejaskan imej kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu.

Ini kerana kata beliau, kedua-dua anggota Exco berkenaan cuma ditahan reman untuk siasatan dan belum lagi dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

``Apa yang saya maksudkan ialah setiap orang tidak dianggap bersalah selagi dia tidak dibuktikan bersalah," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Skim Insentif Sukan Malaysia (SUKMA) XII Kontinjen Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Umno gesa MB gantung tugas dua Exco terbabit

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta Menteri Besar Perak menggantung tugas dua anggota exco kerajaan negeri yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, walaupun mereka belum didapati bersalah sehingga mahkamah membuat keputusan tetapi telah menjadi amalan biasa mereka perlu digantung tugas semasa mereka membela diri.

``Jika Menteri Besar tidak ambil tindakan gantung mereka, rakyat akan persoalkan slogan kerajaan bersih Perak adalah temberang semata-mata dan melucukan,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan dua Exco Kerajaan Perak merupakan antara enam orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Nota : Kalau pemimpin Umno dah bersalah pun tidak digantung atau diminta letak jawatan, contohnya Isa Samad, Amid Nordin dan lain-lain.

- Utusan Meloya.

Comments

ESA ABD SAMAD said…
Pandangan ini bersifat bias. Jika menteri pusat/exco mana-mana kerajaan BN ditangkap, bagaimana pula laporan bloggers spt tuan?
Unknown said…
Article menarik-Kenapa Tok Guru layak jadi PM..

http://malaysia-united.blogspot.com/2008/08/pas-pm-malaysiakini-report.html
Malaysia said…
'SEXS & DUIT': 2 exco Perak dicekup BPR.
Aug 20, 08 12:19pm
Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam. Mereka berusia antara 45 hingga 57 tahun.

Menurut kenyataan BPR, seorang daripada ahli exco itu ditahan jam 10.30 pagi ini.

Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

Kenyataan itu juga berkata mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Selain dua exco kerajaan negeri itu, yang lainnya ialah seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga.

Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman.

Seorang daripada mereka dipercayai bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR.

Kesemua mereka menutup muka ketika dibawa ke mahkamah.

Manakala Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan mengesahkan penahanan enam termasuk dua ahli Exco negeri Perak berhubung rasuah kewangan dan skandal seks.

Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari.

Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dan ibupejabat BPR di Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya.