HARGA MINYAK TERUS JATUH ....KERAJAAN BN BILA NAK TURUNKAN HARGA MINYAK? Ref Malaysiakini

Media hari ini melaporkan bahawa harga minyak mentah dunia terus jatuh semalam selepas merosot lebih AS$10 (RM32.30) dua hari sebelum itu, ekoran kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan menjejaskan permintaan minyak mentah, kata pelabur.

Kontrak utama New York untuk minyak berkualiti tinggi light sweet bagi penghantaran Ogos, jatuh 42 cent (RM1.35) kepada AS$134.18 (RM433.40) setong selepas jatuh AS$4.44 (RM14.34) Rabu lalu.

Kejatuhan itu adalah selepas penurunan sebanyak AS$6.44 (RM20.80) pada Selasa lepas, yang merupakan kejatuhan harian paling banyak sejak Januari 1991.

Minyak London Brent North Sea bagi penghantaran September jatuh 21 cent (RM0.67) kepada AS$135.60 (RM437.98), kontrak Ogos telah luput pada Rabu jatuh AS$2.56 (RM8.26) pada AS$136.19 (RM439.89).

Harga pasaran merudum selepas mencatatkan rekod tertinggi melebihi AS$147 (RM474.81) setong, kejatuhan melampau pada Rabu lalu disebabkan oleh simpanan minyak AS adalah lebih daripada dijangka, kata penganalisis.

Penganalisis Barclay Capital, David Woo berkata, harga minyak jatuh mendadak Rabu lalu disebabkan inventori minyak dan gasolin AS meningkat tanpa diduga.

Malangnya Kerajaan BN yang menzalimi rakyat dengan menaikkan harga minyak 4 Jun lalu terus membisu tidak memberikan sebarang harapan yang harga minyak akan diturunkan sebagaimana yang dilakukan oleh Singapura.
Inilah resam kerajaan zalim. Bila minyak naik cepat-cepat dinaikkan harga minyak dalam negara kita tanpa memikirkan penderitaan dan kesengsaraan rakyat.
Tetapi bila harga minyak turun mereka diam seribu bahasa.....ayuh rakyat sedarlah jangan kita bermimpi lagi. Mari kita sama-sama menyedarkan rakyat bahawa kena sekarang ini sedang ditindas dan ditipu oleh kerajaan zalim. Mari kita ramai-ramai mendaftar sebagai ahli parti-parti komponen Pakatan Rakyat supaya kerajaan sedar bahawa mereka semakin ditolak rakyat.
Wahai sahabat-sahabatku ahli Umno ayuh masuk PAS dan PKR, sahabatku yang berbangsa Tionghua dan India serta kaum lain mari ramai-ramai masuk DAP atau PKR, jangan tunggu lama-lama. Mari kita ajar kerajaan BN yang zalim ini.

Comments