MUKHRIZ ADA HAJAT TANDING KETUA PEMUDA, TAK JADI KELUAR UMNO

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini tidak berani keluar dari Umno. Mungkin beliau memikirkan bahawa kalau beliau keluar dari Umno maka terjejaslah peluang untuk merebut jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan Umno Disember depan.

Sebaliknya beliau hanya mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan - presiden, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur lewat petang tadi.

Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendesak Abdullah supaya meletakkan semua jawatan tersebut.

Beliau juga mendakwa, mendapat sokongan, bukan sahaja dari Umno tetapi juga dari kalangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

Hadir sama di sidang akhbar tersebut ialah kira-kira 20 ketua Pemuda bahagian dari seluruh negara dan tiga exco Pemuda - Kamarul Zaman Kamdias, Azizul Nizam Bidin dan Harison Hassan - untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Mukhriz itu.Mukhriz berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan dalam Umno sebagai ahli Parlimen Jerlun mahupun sebagai ahli Umno.

"Inilah pendirian saya pada waktu ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih," katanya.

Beliau berkata, keputusannya untuk tidak meninggalkan Umno mungkin mengecewakan bapanya.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, beliau akan menjelaskan pendiriannya kepada bapanya itu.

Comments