PRU 14 : PEMBANGKANG JANGAN TAKUT 3 PENJURU

Pakatan Harapan harus menerima cabaran pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang. Jelas sekali ianya seakan-akan tidak dapat dielakkan. 'Prepare for the worse' bermula dari sekarang. 
PH jangan takut, apa yang penting beri penerangan sebenar-benarnya kepada rakyat bahawa jika mana-mana pembangkang betul-betul ikhlas mahu menumbangkan BN mereka mesti duduk semeja dan berbincang bagi memastikan tiada pertandingan 3 penjuru.
Jika mereka enggan maka sahlah mereka sebenarnya sayangkan BN secara balik tabir atau senyap-senyap. 
Sebab itu PH kena bersedia dari sekarang untuk berentap 3 penjuru atau lebih dengan mana-mana parti yang degil yang enggan berbincang. Jangan risau, apa yang penting beri kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mengundi dan menyokong PH dan rakan-rakan lain yang bersama dengan PH.
Jika ada blok ke 3, 4 atau 1000 sekalipun yang tidak mahu bekerjasama dengan PH tinggalkan sahaja mereka itu.
Jika masing-masing degil itu maknanya mereka senang untuk berada di bawah pemerintahan BN 1000 tahun lagi. 

Comments

tulangkering said…
Tulisan syok sendiri....
Unknown said…
Memang rakyat ramai menyampah pd pemimpin umno kerana korup..... dan rakyat pun menyampah pd pas skrg ni .... tak konsisten melawan kebobrokan umno