PAS: JANGAN CAKAP BESAR

PAS jangan cakap besar dan jangan tamak. Orang tamak selalu rugi. Orang cakap besar selalu tersungkur akhirnya. Orang cakap besar kadang-kadang dia tidak sedar sebenarnya diri sendiri lemah.

Itu mungkin antara kata-kata yang boleh kita ungkapkan kepada PAS khususnya Naib Presidennya Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Mohd Amar melahirkan keyakinan bahawa PAS mampu mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Secara peribadi beliau berpendapat PAS masih mampu mempertahan kerajaan negeri.
“Apa yang saya nampak sekarang PAN asyik duduk gertak supaya kita berunding dengan mereka bagi memberi laluan sekurang-kurangnya beberapa kerusi.
“Mereka sebenarnya sedar tiada kekuatan untuk bertanding. Kalau PAN benar-benar mahu bertanding di Kelantan mereka sebenarnya mahu menolong Umno dan bukan menewaskan parti itu,” katanya dipetik Harakahdaily.
Sedangkan kata beliau sebelum ini pemimpin parti serpihan itu sering bercakap mahu mengalahkan Umno dan menawan Putrajaya.
Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, hubungan dengan PKR masih berjalan dan dipertahankan sehingga sekarang.
Menurutnya biarpun ada cadangan Dewan Muslimat supaya dikaji semula hubungan dengan PKR, namun Majlis Syura Ulama belum lagi membincangkan isu tersebut.
“Hubungan dengan PKR di Kelantan baik dan mesra. Ada program diadakan bersama,” katanya.
Jika PAS tetap berdegil dan sombong serta bongkak, maka tidak ada jalan keluar melainkan bertanding 3 penjuru dengan Pakatan Harapan. Jika sekiranya PAS kalah dan gagal membentuk kerajaan negeri jangan dipersalahkan kepada orang lain. Salahkan diri sendiri kerana sombong dan bongkak. Orang sombong dan bongkak akhirnya rugi dan tiada siapa yang mahu berkawan dengan mereka.
Nota : Mungkin 'statement' di atas ini dipersetujui oleh Ketua AMANAH Kawasan Pasir Mas, Haji Che Abdul Rahim Che Daud (Gambar). 

Comments