.

.

08 August 2016

IDRIS HARON MAU TIPU SIAPA?

Ketua Menteri Melaka, Idris Haron mendakwa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat adalah sebahagian daripada helah politik untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan orang Melayu.
Idris mempersoalkan kredibiliti DOJ berbuat demikian dengan merujuk pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 serta dakwaan bahawa presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.
"Kita nak beritahu Amerika, ini Asia Tenggara, ini Malaysia. Negara kita tanggungjawab kita. Apa kredibiliti Department of Justice itu?
"Serangan ke atas Iraq, (Amerika) kata apa? Ada senjata kimia besar-besaran; senjata kimia yang boleh memusnah dan sebagainya. Sampai mati Saddam Hussein, hari ini satu inci laras senjata kimia pun tak jumpa di Iraq.
"Kau tipu orang Iraq, kau bunuh orang Iraq, sekarang kau nak bunuh pula orang Melayu di Malaysia.
"Tuan puan, kita kena bangkit. Ini tidak lain dan tidak bukan daripada political plot untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib, sebab dia tahu dengan polisi Datuk Seri Najib bawa ini, boleh angkat Melayu dihormati dan disegani satu dunia," ujarnya.
Idris memberikan ucapan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang bagi sayap pemuda, wanita, dan puteri parti itu.
Idris mau tipu siapa. Mungkin orang Umno bolehlah dia tipu. Tetapi bukan semua rakyat berminda macam orang Umno. Rakyat Malaysia sudah cerdik dan matang. Ramai yang sudah berpelajaran dan terdedah kepada maklumat terkini.
Idris mungkin terlupa sekarang zaman langit terbuka bukan zaman wayang pacak zaman dia kecil-kecil dahulu.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter