ANWAR PUN U-TURN?

Sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara dilihat tidak begitu setuju PKR mendekati Tun Mahathir. Tetapi kenyataan beliau hari ini agak berbeza sekali. 
Penasihat Umum PKR itu melihat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk sebuah parti baru untuk menentang Umno dan BN sebagai positif.
Beliau juga berpendapat bahawa adalah penting bagi parti-parti pembangkang untuk bersatu dan percaya parti baru seperti yang dicadangkan oleh Mahathir itu akan diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kami sedang menunggu keputusan Muhyiddin kerana beliau akan menentukannya.
"Kami bersedia bersama mereka. Saya fikir ini adalah perkara yang positif," kata Anwar ketika ditemui di mahkamah hari ini.
Anwar juga menegaskan kepentingan untuk parti-parti pembangkang bekerjasama dan memuji cadangan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya mereka mengadakan ‘gencatan senjata’.

Sebelum ini, Anwar menulis sepucuk surat ‘pedas’ yang memberi amaran kepada pemimpin PKR mengenai bahaya bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu.
Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998
Namun begitu bagi kami editorial Mutaligat berpendapat pembangkang perlu berhati-hati dengan kelicikan politik Tun M yang mempunyai seribu satu macam strategi politik bagi memenuhi kepuasan nafsu beliau.
Sumber : Mkini

Comments

Malaysiabaru said…
Turkey berdarah.. Erdogan pemgasas isis pembunuh rakyat syria di guling oleh tentera. Inilah kawan baik Saudi wahabi gilababi. Amin ya rabalalamin.. Hancurkah ASWJ!!!
Anonymous said…
Mabuk mu..
Anonymous said…
masa bagi tun mahathir membayarutang lama telah bermula....
Anonymous said…
Hang kena sawan ka?