.

.

30 May 2016

BN ELOK CARI CALON LAIN UNTUK HORMATI DATIN MASTURA

Bagi admin elok kiranya BN mencari calon lain selain dari Datin Mastura Yazid bagi menghormati beliau yang masih dalam iddah.
BN ramai lagi calon lain. Anak-anak beliau pun boleh jadi calon. Apakah BN benar-benar tersepit sehingga terpaksa mengambil beliau menjadi calon. Atau mungkin 'thunk thank' Umno merasakan sentimen pengundi wanita yang simpati kepada calon akan memenangkan BN.
Jika begitulah alasannya sudah tentu BN tidak yakin untuk menang mudah di Kuala Kangsar.
Mkini melaporkan bahawa Anggota Majlis tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi mempertahankan pencalonan Datin Mastura Yazid sebagai calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar meskipun tempoh idahnya masih belum berakhir.
"Kenapa kita cepat menghukum? Apakah Datin Mastura Yazid calon BN di PRK Kuala Kangsar sudah melanggar hukum? 
"Sedangkan Datin Mastura Yazid sendiri memohon agar pengundi di Kuala Kangsar dapat memahami tempoh idah 4 bulan 10 hari yang kini perlu dijalaninya," katanya dalam catatan di Facebook.
Katanya, Mastura masih boleh meneruskan kempen melalui media sosial dan tanpa mengabaikan soal hukum membabitkan soal Idah. 
"Ini dibuktikan apabila dia tidak hadir semasa majlis pengumuman calon. Ucapannya disiarkan melalui tayangan skrin besar.
"Maka isunya di sini ialah cara berkempen. Oleh kerana ini adalah zaman hyper connectivity maka tidak ada masalah untuk Datin Mastura menjalankan aktiviti kempennya. Apatah lagi dalam suasana bulan Ramadan," katanya.
Beliau turut menunjukkan contoh bekas pemimpin Hidraf yang menang pilihan raya tanpa keluar berkempen kerana dipenjarakan.
"Mereka langsung tidak boleh keluar berkempen dan ketika itu media sosial belum sehebat sekarang. 
"Sekurang kurangnya untuk Datin Mastura, orang ramai masih boleh berkunjung dan menziarahi beliau. Insha Allah Datin Mastura menang cemerlang di PRK Kuala Kangsar ini," katanya.
Mastura adalah isteri kepada ahli parlimen Kuala Kangsar sebelum ini, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter ketika pilihan raya negeri Sarawak.

Semalam, ulama Umno yang juga Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata Mastura tidak boleh keluar berkempen kerana masih dalam idah selepas kematian suami.
Justeru itu Fathul Bari mencadangkan agar anak Mastura menjadi pengganti untuk berkempen sepanjang tempoh pilihan raya ini.
"Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan agama iaitu Puan Mastura tidak boleh keluar dari rumah untuk berkempen," kata Fathul Bari dalam kenyataannya.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter